loading...

Jangan Ambil Mudah Pasal Demam Kanak Kanak

Image result for children fever

“Anak saya demamlah doktor”
Kanak-kanak demam merupakan perkara yang selalu dihadapi oleh ibubapa yang mempunyai anak kecil. Demam merupakan salah satu penyebab utama ibubapa membawa anak berjumpa dengan doktor. Majoriti ibubapa akan menghadapi perkara ini.
Ketika suhu badan anak menaik, begitu jugalah kerisauan ibubapa dalam menghadapinya. Jika dibandingkan dengan orang dewasa, kanak-kanak lebih senang dapat demam dan selalunya ia disebabkan jangkitan virus yang tidak berbahaya. Kanak-kanak tersebut boleh dijaga di rumah dan akan sembuh selepas 2 ke 3 hari. Badan mereka boleh melawan virus tersebut tanpa sebarang bantuan luar
Hanya dalam bilangan kecil sahaja yang menghidapi demam yang serius. Punca demam seperti itu adalah disebabkan jangkitan bakteria yang menyebabkan penumonia(jangkitan paru-paru) ataupun meningitis(jangkitan selaput otak).

OLEH ITU, PENTINGNYA IBUBAPA MEMBEZAKAN DEMAM YANG BIASA DAN JUGA DEMAM YANG BERBAHAYA

SIMPTOM

Selalunya anda boleh tahu anak demam dengan melihat muka mereka sahaja.
Selalunya muka mereka akan kelihat kemerahan, keletihan, mata yang lesu dan juga kulit yang sedikit pucat. Dahi dan leher yang panas juga merupakan salah satu simtom demam

PENYEBAB DEMAM

Kanak-kanak senang mendapat demam. Sehingga mana memakai pakaian yang berlapis-lapis seperti bedung dan sebagainya boleh menyebabkan suhu badan meningkat. Tetapi selalunya punca demam adalah disebabkan jangkitan kuman
Berikut merupakan beberapa penyebab demam:
– Jangkitan virus
– Jangkitan bakteria
– Nak tumbuh gigi
– Reaksi kepada vaksin
– dan banyak lagi
Jika kanak-kanak baru sahaja pergi ke negara luar, penting untuk memberitahu perkara tersebut kepada doktor. Ini kerana kita boleh fikirkan penyebab punca demam dengan lebih meluas.
Begitu juga jika kita baru sahaja pergi ke tempat wabak seperti Malaria, Dengue, thypoid dan berbagai lagi. Maklumat anda kepada doktor, dapat membuatkan diagnosa menjadi lebih tepat dan rawatan yang sepatutnya dapat diberikan.

KESAN KEPADA KANAK-KANAK

Kebanyakkan ibubapa risau yang demam tinggi boleh merosakkan organ dalaman anak mereka terutamanya otak. Ada ibubapa yang berpendapat demam tinggi punca otak anaknya rosak dan menyebabkan dia terencat.
Kajian menyatakan bahawa demam sendiri tidak akan merosakkan mana-mana organ dalam badan. Malah demam juga adalah salah satu mekanisma badan melawan jangkitan kuman. Kenaikkan suhu sebanyak satu darjah celcius akan merencatkan perkembangan virus dan kuman yang lain.

SAWAN

Demam kadang-kadang boleh membawa kepada sawan. Pada ketika itu, kaki dan tangan kanak-kanak akan bergerak-gerak dengan lajunya tanpa terkawal. Kanak-kanak juga tidak akan respons ketika ibubapa panggil.
Majoriti sawan ketika demam adalah sesuatu yang tidak berbahaya dan akan hilang dengan sendirinya. Selalunya ia melibatkan ‘Simple febrile seizures’ dimana sawan akan berlaku dalam beberapa minit sahaja(kurang daripada 5 minit) dan kanak-kanak tidak akan mengalami sebarang komplikasi
Sebagai tambahan, ada kajian yang menunjukkan pemberian ubat demam, tidak mengurangkan kebarangkalian untuk terkena sawan ketika demam.

RAWATAN

Ubat tidak semestinya perlu diberikan kepada kanak-kanak. Jika suhu diantara 37.5 hingga ke 38.4 darjah celcius dan kanak-kanak masih aktif, kita boleh pantau seperti biasa. Jika kanak-kanak nampak letih, makan kurang dan tidak aktif, ubat demam boleh diberikan kepada kanak-kanak
Jika suhu lebih daripada 38.5 darjah celsius, kami nasihatkan untuk memberi ubat demam. Sebab risau suhuh badan akan meningkat lebih daripada 41 darjah celcius yang menyebabkan sel protein dalam badan rosak. Ini akan menjejaskan metabolisma badan serta kebolehan badan untuk melawan jangkitan kuman tersebut.
Jika ikut NICE guideline, Ubat demam hanya digunakan ketika pesakit menunjukkan simptom tidak sihat sahaja.

BILA PERLU BAWAK PERGI JUMPA DOKTOR?

Kebanyakkan kanak-kanak yang demam boleh dirawat di rumah. Ada beberapa keadaan yang perlu bawak kanak tersebut berjumpa dengan doktor:
  • Demam melebihi 3 hari
  • Demam berserta sawan
  • Kurang menyusu ataupun minum air
  • Muntah dan cirit birit yang banyak
  • Kanak-kanak tidak aktif
  • Nampak terlampau letih

Kanak-kanak yang sedang demam tidak boleh bermain dengan kanak-kanak yang lain. Ini kerana ia boleh menyebabkan jangkitan tersebut membiak
KEBANYAKKAN KES DEMAM PADA KANAK-KANAK ADALAH TIDAK MERBAHAYA DAN AKAN SEMBUH DENGAN SENDIRINYA.
AKHIR KATA, MASA, REHAT YANG MENCUKUPI DAN KASIH SAYANG DARIPADA IBUBAPA ADALAH PENAWAR YANG PALING BERKESAN.
from Root of Science http://ift.tt/2g3AJ7p via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close