loading...

TPM Zahid Hamidi Tak Puas Hati Denda Cuma RM100 Untuk Hukuman Ayat Babi


TELUK INTAN - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Bahagian Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara, mengkaji semula udang-undang lapuk. 

Arahan itu dikeluarkan berikutan banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan hukuman denda RM100 yang dikenakan terhadap Tan Yeoh Foong, yang menulis perkataan 'Babi' pada kertas saman yang dikeluarkan polis. 

Menurut Zahid, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak berpuas hati dengan hukuman itu kerana ia satu bentuk penghinaan terhadap tugas mulia yang dilakukan polis. 

"Oleh kerana undang-undang itu adalah undang-undang lapuk yang hanya sesuai pada ketika ia diwujudkan, bila perkara ini berlaku, saya amat bersetuju dengan Peguam Negara untuk mengkaji perundangan berkaitan dengannya. 

"Ia bagi menyediakan perundangan dan hukuman rasional bagi tempoh panjang," katanya memetik laporan dari Harian Metro

Tan Yeoh Foong dalam kejadian lalu telah menulis perkataan 'Babi' pada kertas saman yang dikeluarkan oleh seorang anggota polis trafik dengan niat menghina penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.

Kredit - The Reporter

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close