loading...

Pinjaman Peribadi Memang Best Tapi Janganlah Sampai Isteri Yang Kena Bayar Bulanan .. Haish

Wanita, adakah sebab terdesak anda sanggup setuju dengan cadangan suami untuk 'tambah hutang'? Atau kerana dipujuk dan dijanjikan suami akan bayar balik, akhirnya kaum isteri mengalah untuk buat loan?

Betul ke jalan ini selamat untuk masa depan?

Ya, hari ini ramai isteri yang terjebak membuat pinjaman peribadi atas permintaan suami. Tidak sampai hati menolak, isteri sudi melakukannya dengan alasan hanya menggunakan namanya tapi dibayar oleh suami.

Ada suami yang bertanggungjawab membuat bayaran seperti yang dijanji tapi ramai juga yang janji tinggal janji.

Selepas dapat wang suami mula hilang. Ada juga yang awalnya mahu melakukan bisnes namun setahun berlalu masih tak nampak hasilnya hingga akhirnya memaksa si isteri menanggung hutang dan membuat bayaran balik. Malah ada juga yang dikejar along gara-gara meminjam untuk suami.

Kejadian sebegini sudah banyak berlaku tapi ramai wanita yang tidak nampak pengajarannya.

Justeru Dr.Azizul Azli Ahmad yang seorang pensyarah dan penulis buku tentang hartanah memberi peringatan ini. Beliau juga aktif dalam mengendalikan seminar tentang kewangan.


PINJAMAN DUIT ISTERI PUNYA

1. 'Kita' tidak akan jadi isteri derhaka jika tidak tunaikan permintaan suami untuk buat Pinjaman Peribadi.

2. Jika alasanya untuk berniaga, dunia perniagaan berbeza dengan makan gaji.

3. Jika dia masih gagal tukarkan RM50 menjadi RM100, baik lupakan saja.

4. Atau wang nafkah jarang diberinya. Jika diberi hanya sekadar nilai GST, sila hati hati.

5. Bagaimana nanti jika kita pinjam RM50 000 untuk tukar jadi RM 500 000.

6. Atau akhirnya 'kita' tukang bayar hutang dia saja nanti. Siang malam makan hati. Nak sumpah dah jadi suami.

7. Dunia perkahwinan dengan hutang akan jadi kita tidak tenang. Boleh jadikah perkahwinan tunggang langgang.

8. Meniaga dengan apa yang ada dalam tangan bukan pinjaman.

9. Modal bukan alasan mulakan perniagaan. Jika ada ilmu perniagaan boleh jalan.

Jangan ambil kesempatan atas kemuliaan isteri, cinta mereta tak berbelah bagi.


Perkongsian tip: Azizul Azli Ahmad
Baca di website
from info psikologi http://ift.tt/2g2Eeea via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close