Kita semua tahu bahawa badan manusia adalah tempat pembiakan pelbagai bakteria dan kuman.
Tapi, pernahkah anda terfikir bahagian manakah paling kotor? Lepas baca je artikel ini, anda pasti akan rasa terkejut kerana bahagian yang tidak disangka termasuk antara yang paling kotor.
1. Mulut
Ya, ia agak menjijikkan. Mulut adalah bahagian yang paling kotor dalam badan manusia. Terdapat kira-kira 600 jenis bakteria di dalam mulut anda!
2. Ketiak
Ketiak memiliki lebih daripada 80,000 bakteria dan ini adalah sebab utama kenapa bahagian badan ini antara yang paling berbau. Jadi, rajin-rajin bersihkan dengan sabun anti-bakteria.
3. Telinga
Kita semua tahu tahi telinga antara yang paling kotor di dalam tubuh manusia, tapi dalam masa yang sama ia melindungi telinga dari pelbagai bakteria.
4. Lidah
Jika mulut mengandungi lebih dari 600 bakteria, lidah juga antara yang paling kotor. Lihat warna lidah anda, jika ianya berubah warna, maknanya terdapat bakteria melekat di atasnya.
5. Kuku
Kuku juga salah satu yang paling kotor dalam tubuh manusia. Kulit di bawah kuku mengandungi paling banyak bakteria dasyat dan disebabkan itu anda disarankan untuk berkuku pendek.
6. Rambut / kulit kepala
Gatal pada kulit kepala tidak hanya disebabkan masalah kelemumur, tetapi juga disebabkan oleh bakteria yang bercampur dengan kotoran di kepala.
7. Pusat
Salah satu bahagian paling kotor dalam tubuh badan manusia ialah pusat. Kajian mendapati, jika anda tidak membersihkannya dengan kerap, ia boleh menyebabkan tumor.
8. Punggung
Ini antara salah satu bahagian paling kotor kerana ia merupakan tempat pembuangan najis. Mungkin berjuta jenis bakteria akan membiak jika anda tidak mencuci dengan bersih.
9. Rongga hidung
Hidung anda sentiasa dikelilingi beberapa spesies bakteria berbeza. Anda perlu memastikan untuk memastikan hidung anda sentiasa bersih untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit.
from HANASUVA http://ift.tt/2lYFGDe via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment