Jenis dan kegunaan minyak sayuran. Apa yang perlu anda tahu?
Sayur-sayuran kan bagus untuk kesihatan. Jadi, minyak sayuran pun patutnya bagus juga lah kan? Begini penjelasannya.
1. Apa itu minyak sayuran?
Minyak masak yg berasaskan tumbuhan dipanggil minyak sayuran. Ada banyak jenis minyak sayuran; minyak sawit, minyak jagung, minyak kelapa, minyak zaitun & dll. Secara kimianya, minyak ini terdiri daripada molekul-molekul asid lemak yg pelbagai jenis (asid lemak tak tepu, asid lemak tepu). Anda boleh lihat kandungan jenis-jenis lemak ini di label pemakanan (Nutrition Information) yang tertera pada bungkusan produk.
2. Jadi minyak sayuran mana yang elok, mana yang tak elok?
Ikut penggunaan. Kalau nak menggoreng, pilih minyak yg tinggi ‘smoke point’ dia (lebih 200 C) & rendah kandungan lemak poli-tidak-tepunya (Polyunsaturated fat). Kalau nak menumis, boleh pakai minyak yg rendah takat asapnya /smoke point.
3. Apa itu ‘smoke point’ / takat asap? Minyak mana yg rendah, mana satu yg tinggi?
Smoke point ialah suhu suatu minyak masak itu mula menghasilkan asap. Berikut adalah smoke point bagi minyak2 sayuran, hasil ujikaji makmal:
minyak sawit : 220-240 C
minyak jagung: 230 – 238 C
minyak kelapa: 170 C
minyak soya : 230 – 240 C
minyak zaitun: *Berbeza mengikut jenis; Extra Virgin 160 C, Virgin 215 C, Pomace 237 C, dan Extra Light 242 C
4. Kenapa nak smoke point lebih 200 C?
Umumnya, suhu menggoreng (deep frying) ialah sekitar 170-190 C. Apabila minyak dipanaskan melebih suhu takat asap, ianya akan mula membebaskan bahan kimia seperti aldehyde dgn kadar yg tinggi. Kandungan aldehyde yang tinggi akan memberi risiko toksik/ karsinogen pada badan.
5. Apa itu ‘Saturated fat’ ? ‘Unsaturated fat’ tu pula apa ya? Eh, ada ‘mono, polyunsaturated fat’ juga. Apakah itu?
‘Saturated fat’ ialah sejenis asid lemak tepu yang mempunyai rantaian karbon ‘single bond’ (c-c). Rantai karbonnya sudah tepu dengan hidrogen, stabil terhadap suhu tinggi. Contoh minyak yang mempunyai lemak tepu yang tinggi adalah minyak kelapa sawit. Minyak ini juga lambat rosak, tidak berbau tengik (resistance to rancidity) dan mempunyai jangka hayat simpanan yang lama.
‘Unsaturated fat’ pula ialah asid lemak yang mempunyai satu atau lebih rantaian karbon ‘double-bond’. ‘Monounsaturated fat’ ialah sejenis asid lemak yang mempunyai satu rantaian karbon ‘double-bond’. Contohnya; minyak zaitun dan minyak canola.
Manakala ‘polyunsaturated fat’ ialah asid lemak yang mempunyai dua atau lebih rantaian karbon ‘double-bond’. Contoh minyak yang mempunyai rantaian asid lemak sebegini ialah minyak jagung, minyak ‘safflower’ dan minyak soya. Sesetengah ikan seperti ikon salmon juga mempunyai kandungan ‘polyunsaturated fat’ yang tinggi
6. Apakah kegunaan dan khasiat lemak-lemak tersebut?
‘Unsaturated fat’ atau lemak tidak tepu membantu mengurangkan kolesterol jahat seterusnya mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Menurut kajian, asid lemak poli-tak-tepu atau ‘Polyunsaturated Fat’ seperti Omega 6 dan Omega 3 mampu melindungi sel-sel otak.
Selain itu, Vitamin E juga tersimpan banyak didalamnya. Lemak tepu, walaupun ianya stabil terhadap suhu tinggi, adalah tidak sihat jika selalu diambil kerana ia akan meningkatkan kolesterol jahat dan risiko penyakit kardiovaskular.
Kesimpulan
Pilihlah minyak berdasarkan khasiat dan juga jenis penggunaannya. Perlu diingat, minyak mempunyai kalori yang sangat tinggi = sebanyak 45 kalori untuk setiap 1 sudu kecil (5g) !
Diharapkan artikel ini dapat membantu anda semua. Selamat memilih dan selamat beramal!
Kredit: Root Of Science
Blogger Comment
Facebook Comment