Penyelidik dari Copenhagen Business School, Denmark, Dr. Wencke Gwozdz dalam kajiannya mendedahkan, masalah kegemukan yang dialami kanak-kanak mempunyai kaitan dengan ibu bapa mereka yang bekerja.
Dalam pemerhatian yang dilakukan, masalah tersebut terjadi apabila anak-anak tidak diberi makanan berkhasiat yang dimasak di rumah dan hanya mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat melalui makanan segera yang dibeli.
Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dikesan menghidap obesiti
Kesibukan ibu bapa yang bekerja juga didakwa kurang memberikan perhatian terhadap anak-anak mereka kerana kesibukan kerja.
Lebih mengejutkan, kajian yang dibuat di England menunjukkan kanak-kanak seawal usia tiga hingga 10 tahun telah dikesan menghidap masalah obesiti.
Kanak-kanak yang tinggal sendirian di rumah cenderung untuk makan lebih banyak dan hanya menghabiskan masa mereka dengan menonton televisyen serta bermain permainan video untuk menghilangkan kebosanan.
Blogger Comment
Facebook Comment