Bila aku tengok kawan aku up gambar iPhone Disable ini, teringat beberapa kes yang aku pernah handle bab iPhone. Haa.. jangan kau tak tahu, selain komputer, handphone pun aku handle tau. Punyalah multitasking aku ni.
Kesnya begini, ada beberapa pelanggan ini PM aku untuk unlock iPhone. Bila aku tanya Apple ID, dia kata tak ada dan iPhone pun iPhone jumpa. Aduh, terus aku cakap beritahu customer itu yang ini dikira sebagai kes curi dan aku memang tak nak masuk campur.
Mendengar jawapan aku itu, dia mula menawarkan beberapa ratus ringgit untuk unlock iPhone tersebut. Tetapi aku terus terang beritahu dia buat masa ini memang tiada cara nak bypass security iPhone.
"Kau bagi beribu pun aku tak nak buat sebab memang tak ada cara."
Selepas itu, dia pun senyap begitu sahaja. Tak tahulah dia buat apa dengan iPhone tu.
Nasihat aku, kalau kau jumpa iPhone orang, sila pulangkan balik pada pemilik asalnya. Dalam fungsi iCloud (Find My iPhone), user boleh letak informasi untuk orang contact dia sekiranya iPhone dia hilang. Itu yang buat aku respect iPhone punya security.
Beberapa bulan yang lalu, ada kes besar berkenaan kes pengeboman di France. Kalau tak silap yang FBI pun tak dapat nak bypass security iPhone milik penjenayah yang dikehendaki. Sehingga FBI terpaksa meminta tolong Apple untuk melakukannya. Namun, Tim Cook pun tak layan permintaan FBI kerana ia berkenaan dengan Personal Data Protection Act.
Tahu kenapa Apple bertindak seperti itu? Bayangkan, sekiranya Apple beritahu macam mana nak bypass, tindakan itu akan melanggar peraturan yang mereka sendiri telah tetapkan. Jika tindakan ini diketahui oleh orang awam, kepercayaan terhadap Apple akan hilang dalam bab security personal data customer mereka. (Kalau maklumat ini silap, tolong betulkan).
Jadi, kalau FBI yang power itu pun tak boleh nak bypass security iPhone, apa yang menyebabkan kau terfikir untuk menyuruh aku unlock iPhine itu? Bagi sajalah iPhone itu pada pemilik asalnya. Manalah tahu dengan ehsan pemiliknya, kau akan diberi sedikit ganjaran kerana menemui iPhonenya. - Mohamad Taufik Jabir, IT Support at EJCOM ICT SOLUTION
Blogger Comment
Facebook Comment