Encik Lim Boon Sun kehilangan dompetnya di Kyoto pada jam 4 petang, 14 Disember lalu. Ekoran kehilangan itu, beliau telah membuat laporan polis pada jam 6 petang.
Pegawai polis yang bertugas memeriksa sistem mereka dan memaklumkan bahawa ada seorang individu yang telah menjumpai dompetnya dan diserahkan kepada balai polis berhampiran.
Buat laporan polis kehilangan dompet | Foto - Lim Boon Sun |
Isi borang untuk mendapatkan semula dompet yang ditemui | Foto - Lim Boon Sun |
Berdasarkan maklumat yang diberi, Encik Lim terus pergi ke balai tersebut menaiki pengangkutan tren dan berjaya mendapatkan semula 8.30 malam.
"Orang Jepun ini sangat jujur dan efisyen! Dalam dompet saya ada matawang Jepun dan dollar Amerika bernilai RM6,200.
RM6,200 (matawang Yen & dollar Amerika) yang digunakan oleh Lim sekeluarga untuk percutian di Jepun. | Foto - Lim Boon Sun |
"Ini adalah wang perbelanjaan kami (lima sekeluarga) di Jepun. Tak terbayang bagaimana keadaan kami jika dompet saya ini jika gagal ditemui semula," katanya.
Perkongsian Encik Lim itu kini viral di media sosial dan rata-rata netizen memuji kejujuran rakyat Jepun dan kerjasama yang baik dari pihak polisnya.
Kredit - The Reporter
Kredit - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment