loading...

Jangan Biar PTPTN Menghalang Anda Untuk Mengembara Ke Luar.




Opera House, Sydney, Australia | Foto - Mazlan Zonan

Oleh Mazlan Zonan

Ramai yang sangkut Immigresen kes PTPTN sekarang ni. Soalan yang aku dapat,

"Macam mana kau dealing dengan hutang PTPTN dan boleh travel gila-gila?"

Masa aku di zaman belajar diploma, tak ambil PTPTN, sebaliknya aku berniaga jual rokok di hostel aku (jangan buat benda ini, salah). Aku antara tokan besar jugalah di asrama UiTM Perak. Hahaha! 

Kemudian aku juga jual nasi lemak dan burger. Aku order 50 bungkus setiap dua menu itu dan brader burger hantar ke bilik setiap jam 8 malam. Burger dan nasi lemak yang tak habis sebelum jam 11 malam, aku akan round dari bilik ke bilik, ketuk pintu. Budak-budak asrama UiTM Perak mesti tahu perkara ini. 

Paragliding di Korea | Foto - Mazlan Zonan
Sambil-sambil itu aku offer rokok sekali. Hahaha! Aku tak hisap rokok tetapi aku jual rokok. Dengan duit itu aku bayar semua pembelajaran aku. Untuk duit yuran, aku kerja setiap cuti sem di Kuala Lumpur seperti di Isetan KLCC. Maka dapatlah duit untuk bayar yuran ditambah dengan kutip hutang kawan-kawan sebab PTPTN mereka dah masuk. 

Di zaman degree pula, aku ambil PTPTN. Tetapi sebab aku tak nak bayar PTPTN, aku belajar betul-betul. Grad 1st class supaya PTPTN dapat convert ke biasiswa. 

Macam mana belajar dengan duit yang terhad? Makan di UiTM ada dewan makan bang. Tak perlu makan di kafe. Untuk assignment, aku selalu guna bahan-bahan terpakai sebab aku tak ada bajet besar. Catu apa saja yang boleh dicatu, ikat apa saja yang boleh diikat. 

Handphone, selepas kerja baru aku beli yang ada warna. Di zaman belajar, aku guna handphone torchlight saja.

Struggle sikit la di zaman belajar supaya aku boleh enjoy selepas grad. Kalau kau enjoy di zaman belajar, kau jangan marah sebab kena struggle lagi selepas grad. Haha!

Di Terminal Heathrow | Foto - Mazlan Zonan
Apa pun, hutang tetap hutang, PTPTN tetap kena bayar. Jangan salahkan kerajaan, tetapi salahkan diri sendiri kenapa kita ambil hutang pada masa itu. 

Kereta kalau tak dibayar, bank akan tarik. PTPTN kalau tak bayar, takkan nak tarik sijil diploma korang? Sebab itu dia tarik di tempat lain. Jadi, pandai-pandailah uruskan kewangan diri. 

Antara kawan aku yang struggle zaman belajar dan enjoy gila-gila selepas grad, Mohammad Hasif. Buat printing di bilik asrama saja. Jam 4 pagi pun orang ketuk pintu bilik nak print assignment. Sekarang dia dah jadi pengurus kedai printin di kawasan UiTM Perak. Student UiTM Perak nak print, boleh roger beliau. 

Hidup bebas dari hutang, tenang bang. Tak pening kepala di kala ekonomi tengah gawat. Mungkin perkongsian ini boleh menjadi rujukkan kepada mereka yang masih bergelar student. - Mazlan Zonan | The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2gjgiAS via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close