Menatap wajah bayi yang baru dilahirkan menerbitkan rasa bahagia dalam diri anda. Dalam masa yang sama anda perlu memastikan si kecil membesar dan berkembang dengan sihat serta mendapat keperluan nutrien yang terbaik.
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab anda perlu mengetahui tahap-tahap perkembangan bayi dan bagaimana boleh menyesuaikan diri dalam menjaga dan membimbing si kecil dengan lebih baik.
Setelah dilahirkan, bayi akan melalui pelbagai peringkat perkembangan yang berbeza. Memahami tahap perkembangan si manja sangat penting supaya anda dapat memantau dan membantunya menerima rangsangan yang betul.
1. Perkembangan meniarap hingga berlari.
2. Sifat ingin tahu hingga ke memahami sesuatu perkara secara mendalam.
3. Kemahiran mengumpul maklumat hingga menggunakannya.
4. Perkembangan otot dan tulang.
5. Kemahiran motor yang mantap.
6. Perkembangan otak dan perangkaian neuron otak yang berkesan.
Semua perubahan dan perkembangan ini memerlukan sokongan yang terbaik,iaitu kesihatan yang baik, kasih sayang daripada penjaga, persekitaran pembelajaran, dan yang tidak kurang pentingnya ialah pemakanan yang sihat.
Pemakanan perlu dikhususkan mengikut peringkat perkembangan untuk menyokong kemajuan si manja daripada satu tahap pencapaian yang penting kepada yang lain, mengikut perkembangan bayi. Pada tahun pertama kehidupan bayi anda, adalah penting untuk memastikan bahawa mereka diberikan nutrisi yang seimbang dan mencukupi, kerana ini akan memperkuatkan perkembangan fizikal dan mentalnya di mana ia merupakan kunci kepada pencapaian perkembangan yang seterusnya.
Fahami dengan jelas tahap perkembangan bayi 0 hingga 6 bulan.
* Pada umur 0 hingga 6 bulan, bayi sedang berkembang dengan cepat daripada segi fizikal dan mental. Pada bulan ketiga dan keempat, berat bayi anda akan berganda dan pada bulan kelima atau keenam, bayi anda mungkin akan cuba atau sudah pandai bergolek.
* Meniarap merupakan salah satu daripada pencapaian penting pertama yang ibu bapa nanti-nantikan. Namun sebelum si manja tahu melakukannya, otot leher dan belakangnya perlu menjadi kuat demi membantunya mengangkat kepala dengan stabil dan otak perlu mampu untuk menyelaraskan antara pergerakan mengangkat kepala dan aksi meniarap itu.
* Nutrien-nutrien seperti protein, kalsium dan Vitamin D penting untuk menyokong pertumbuhan fizikal dan DHA untuk perkembangan otak serta koordinasi.
Peranan anda sebagai jurulatih fizikal!
Berbaring di sebelah bayi anda dan tarik perhatiannya untuk menggalakkan kepala si manja bertukar arah kepada anda dan mulakan gulingan badannya. Anda juga boleh menggulingkan bayi dengan perlahan untuk membantunya memahami yang dia boleh lakukannya. Apabila si manja berjaya menggulingkan badannya dengan arah perut menghadap ke bawah, tarik perhatiannya dari atasnya. Ini akan membantunya menguatkan leher dan otot belakangnya.
Blogger Comment
Facebook Comment