loading...

Sekitar Malam Anugerah - Volunteer Malaysia Awards 2016!


Malam tadi telah berlangsungnya Volunteer Malaysia Awards yang buat julung-kalinya diadakan bagi menghargai para sukarelawan di Malaysia yang telah banyak memberikan sumbangan mereka kepada masyarakat secara sukarela hingga menyumbang ke arah positif dalam komuniti. Anugerah berprestij tinggi yang berlangsung di Sunway Hotel & Spa ini telah disempurnakan dengan kehadiran Perdana Menteri, Dato'seri Najib Tun Razak dan isteri.



Malam anugerah ini telah dimeriahkan dengan persembahan pembukaan dari Inversion Dance Group dan diikuti persembahan penuh bertenaga dari Jacklyn Victor, Aisyah Aziz, serta Azlan And The Typewriter.




Banyak pihak yang telah terlibat dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan antaranya dari kalangan media, artis, sekolah-sekolah dan beberapa institusi di Malaysia ini telah diberi penganugerahan pada hari tersebut. Antara yang melibatkan diri dalam melakukan aktiviti kesukarelawan itu ialah Faizal Tahir, Dato Siti Nurhaliza, Primeworks, Universiti Putra Malaysia, dan ramai lagi.


Sebanyak 13 anugerah yang telah dipertandingkan dalam Volunteer Malaysia Awards dan berikut adalah senarai penuh pemenang yang telah dipilih oleh masyarakat sendiri.

Inisiatif Sukarelawan Terbaik ketogori Sektor Perkhidmatan Awam:
Program Dota Jauhar - Yayasan Pelajaran Johor

Inisiatif Sukarelawan Terbaik ketogori Sektor Swasta:
AEON Hometown Forest Programme - AEON Co. (M) Bhd.

Inisiatif Sukarelawan Terbaik ketogori NGO / NPO / Berkumpulan:
Generating Opportunities for The Learning Disabled (GOLD) - Association of The Learning Disabled

Inisiatif Sukarelawan Terbaik ketogori Dana DRe1M:
Teratak Semai Project - Faculty of Design & Architecture, UPM

Inisiatif Sukarelawan Terbaik ketogori Organisasi Media:
Disaster Relief: Sabah Ranau Earthquake Recovery Project - Yayasan Nanyang Press

Inisiatif Sukarelawan Terbaik ketogori Sekolah:
Warung Santalia Project - SMK Padang Midin, Kuala Terengganu, Terengganu

Inisiatif Sukarelawan Terbaik ketogori Pilihan Ramai:
Bersamamu - Primeworks Studios



Inisiatif Sukarelawan Terbaik ketogori Personaliti - UNDIAN ATAS TALIAN:
iAMFAITHMEN - Faizal Tahir

Anugerah Kempen Media Sosial Terbaik:
The mBL Epic Build - myBurgerLab

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat:
Balasubramaniam Krishnan (Capt Bala) - Safety Activist, Founder of MVFRA

Anugerah Superelawan Tahunan:
Project T.R.Y ( Transforming Rural Youth)

Anugerah iM4U fm untuk Lagu Kemanusiaan Terbaik:
Assalamualaikum - Faizal Tahir

Anugerah Khas Juri:
Haji Ramli bin Bakar - Kelab Kebajikan dan Pendidikan Puncak


Sebelum menutup tirai acara pada malam itu, sepatah dua kata daripada; perdana menteri kita Dato seri Najib Tun Razak telah menyuntik semangat mereka yang telah melakukan aktiviti kesukarelawan agar meneruskan usaha mereka pada masa akan datang.


Nyanyian dari penerima anugerah iM4U fm untuk lagu kemanusiaan terbaik, Faizal Tahir dengan lagunya "Assalamualaikum" menjadi penutup kepada acara malam tersebut yang penuh gilang-gemilang.

Anugerah untuk menghargai aktiviti kesukarelawan di Malaysia ini amatlah bagus untuk terus diadakan bagi memberikan penghargaan kepada semua pihak yang banyak membangunkan masyarakat dan dalam masa yang sama memberi contoh dan tauladan yang baik kepada generasi muda hari ini.








from Oh! Media http://ift.tt/2hf2BHe via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close