Ada orang, cukup bahagia bila dapat tayang apa yang dimilki. Cukup seronok bila kawan-kawan media sosial puji kehidupannya sempurna dan nampak indah.
Tetapi betul ke bahagia atau sekadar berlakon untuk nampak pasangan beruntung di mata orang ramai? Hakikatnya duit selalu tak cukup, sanggup pinjam duit orang semata-mata nak puaskan kehendak sendiri. Allah... kembalilah sebelum terlambat! Itu semua pinjaman dan tiada yang kekal abadi.
Baikilah situasi anda dan sedarkan diri dengan perkongsian saudara Shauqi Hasan ini...
Dalam hidup berumah tangga kadangkala bahtera yang dilayari bersama keluarga diuji dengan dugaan dari pelbagai sudut. Itulah qada dan qadar yang berlaku mengikut kemampuan diri setiap ahlinya.
Kebanyakkan masalah dan cabaran besarnya bermula dengan DUIT. Dari hari pertama diikat tali pertunangan. Isu duit dah pun bermula. Sebut saja duit, semua orang boleh agak, apa yang bermain dalam urusan sebuah majlis perkahwinan.
Si laki ada yang rasa kopak dibuatnya semata-mata nak dapatkan dara idaman.
Si wanita pula ada yang berhati lembut hulurkan bantuan, nak ringankan beban teruna impian.
Ada mak bapak pula yang jenis mengira darjat dan keturunan. Tak sekufu ditekannya sebagai cabaran. Yang tak padan diukurnya mengikut sijil. Habis punah duit simpanan anak teruna dan dara. Tak cukup yang disimpan, dipaksa dengan pinjaman. Hanya semata-mata nak BINA MASJID. Nak HALALKAN hubungan, nak upgrade dari awek kepada isteri, terpaksalah meng'halal'kan RIBA.
Bila rumahtangga dah disuntik riba (kerana pinjaman) . Yang jelas Allah HARAMKAN. Menjadikan masjid yang bakal menjadi tempat menghubungkan pasangan suami isteri ini telah tercemar dengan unsur riba.
Masjid itu tidak lagi dibina atas dasar TAQWA.
Maka hari demi hari selepas perkahwinan itu berlangsung, ujiannya berkisar tentang duit.
Duit, duit, duit. Itu tak cukup, bayar ini tak lepas. Kereta nak kena tarik. Pinjam sana, pinjam sini. Korek lubang sini, kambus lubang sana lepas tu kena korekk lagi.
Habis duit raya anak dan tabungnya dikorek si bapak. Nak ditanggung makan dan minum. Habis pusing, hilanglah seri rumahtangga. Syurga yang diharapkan.. hujungnya menderita kerana duit.
Nampak bahagia di luar. Senyum gembira. Tetapi lakonan semata-mata. Selfie di facebook. Tapi untuk jadi tempelan sementara.
Qada itu ada ketetapannya (pasti terjadi).
Bila cukup segala ujian, tekanan dan ukuran masanya. Apa yang sudah Allah tetapkan melalui perkiraannya, pasti akan berlaku. Kerana sunnah itu satu perkara yang berulang kali diceritakan di dalam al-quran.
CAUSE AND EFFECT.
Apabila ada SEBABNYA, pasti ada AKIBATNYA. Bila kita yang penyebabnya, maka kenalah tanggung akibat yang bakal berlaku. Bila-bila masa akan berlaku ujian, bencana, malapetaka, rezeki, nikmat dan sebagainya apabila cukup ukuran masanya.
Qadar itu ada haulnya (ukuran).
Sebagai contoh, kita semua masuk ke sekolah menengah untuk ambil sijil SPM. Ada sebab dan tujuannya. Ukurannya 5 tahun masa diberi, nak tak nak, tak dapat elak satu hari nanti kita akan duduk ambil peperiksaan SPM.
Dah tahu nak exam, kalau rajin dan kuat belajar pasti baik hasilnya. Kalau pemalas, selalu ponteng sekolah, buruklah resultnya. Kalau merempit, mati eksiden sebelum masuk dewan exam. Itulah akibatnya. Sampailah ajalnya.
Perkahwinan, ajal, jodoh, rezeki dan sebagainya ada kadarnya yang boleh kita sukat sejauh mana kita rasa bahagia, sedih, gembira. Semua itu sebenarnya ada perkiraannya.
Bahagia ada kira-kiranya. Tak cukup duit tapi tetap 'happy'. Jadi duit bukan ukuran. Yang rasa nikmatnya hati. Anak bertambah, duit tak jadi isu.
Macam tulah dosa. Ada kadarnya. Sampai usia tertentu, mesti kita akan menyesal. Bila cukup haulnya. Yang menjadi beza, adakah masih sempat bertaubat atau sudah terlambat?
Dosa tu rasa tak tenang, tak tenteram. Itulah panas neraka. Duduk rumah ada anak isteri sekali pun, tapi kalau rezeki tak berkat. Tak rasa cukup.
Berkat itu cukup.
Jadi ukurannya rasa cukup itu bukan kerana duit banyak, isteri cantik, kereta besar, anak comel.. semua tu kira-kiranya pada rasa tenang itu. Kalau tak tenteram rumahtangga.. bergaduh, berkelahi, berasa panas memanjang.. itu tanda solatnya tak sempurna.
Silah (hubungan) sesama isteri dan anak tak cukup kadarnya..
Silah dengan manusia
Solat untuk Allah
Selawat pada Nabi
Jadi bila hubungan silah - solat - selawat tu tak sempurna, maka agamanya sudah tak sempurna.
Bolehkah rasa bahagia? Dapatkah syurganya?
Rumahku syurgaku?
Atau Rumahku NERAKAKU?
Suami dan isteri peliharalah solat. Hubungan dengan Allah itu akan menghadirkan kasih sayang di antara suami isteri. Isteri tahu suami bekerja kerana Allah dan suami tahu isterinya mengabdikan diri sebagai ibu kepada anak-anaknya adalah kerana Allah.
Puasa itu yang mendatangkan zakat, meyucikan diri dan harta seluruh isi rumah tangga. Puasakan diri dari pembaziran duniawi. Harta paling berharga ialah anak dan isteri. Itulah aset kita untuk mendapat syurga Allah, tetapi mereka jugalah penyumbang deposit ke neraka.
Perkongsian: Shauqi Hasan
loading...
loading...
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment