1. Ada yang percaya bahawa uri perlu ditanam bersama bahan-bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak daripada menangis malam, sawan dan sebagainya.
2. Tanam uri dengan garam dan asam keping kononnya bagi mengelakkan uri dari dimakan oleh makhluk halus. Garam biasa digunakan dalam upacara merawat kerasukan, saka, "memagar" rumah dan sebagainya oleh pengamal perubatan tradisional.
3. Meletak jarum atau paku semasa menanam uri dapat mengelakkan daripada gangguan makhluk halus.
4. Letakkan pen, buku atau apa-apa barang yang kita mahu anak kita dikaitkan apabila besar. Buku atau pen dikatakan untuk mendapatkan anak yang pandai.
5. Tanam berdekatan anjung rumah untuk bayi lelaki atau berdekatan dapur untuk bayi perempuan.
6. Apabila tiba malam, nyalakan unggun api, pelita,lilin atau apa-apa yang seumpamanya di atas permukaan tanah tempat uri ditanam untuk dua minggu supaya bayi tidak kembung perut.
7. Sekiranya anak perempuan, tanam atas batas (tepi jalan), agar senang orang masuk meminang.
8. Kalau anak lelaki, tanam uri bawah rumah, agar dia tidak selalu keluar melepak.
9. Uri perlu ditanam di tempat tinggi dan jangan di tempat berair bagi mengelakkan anak kembung perut.
10. Orang-orang tua percaya sekiranya anak kembar, uri harus dipotong dua dan ditanam secara berasingan. Jika tidak, kedua-dua anak akan sakit atau menangis serentak.
11. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam adalah khurafat.
12. Jika diletakkan paku, maka anaknya nanti akan mahir bertukang.
Layari laman web
from Kehamilan http://ift.tt/2iVnnLK via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment