Internet memudahkan segalanya. Hari ini, kandungan bahan lucah boleh didapati secara percuma pada setiap gajet yang dimiliki. Ianya mengumpul peminat-peminat dari seluruh belahan dunia, dan lebih malang lagi, kanak-kanak turut terpalit menjadi mangsa ‘serangan’ kecanduan pornografi.
Kini, ia adalah satu industri. Pornografi mempunyai penggemar yang mempunyai ‘fanbase’ yang sangat ramai sehingga melahirkan golongan profesionalnya sendiri. Terdapat pelakon-pelakon yang direkrut semenjak awal remaja sehingga ke hujung usia, juga kru-kru penerbitan yang menyara hidup hasil daripada kegiatan ini.
Ianya kini semakin melarat sehingga porno itu dikategorikan mengikut ‘selera’ peminatnya. Sehingga ada yang menggunakan kanak-kanak perempuan sebagai pelakonnya. Lebih gila lagi, ada yang menggunakan watak-watak yang bersamaan jantina, dan watak manusia melakukan hubungan seksual dengan binatang.
Sangat dahsyat!!!
Kenapa kita menceritakan mengenai ini? Kerana kita perlu sedar bahawa inilah realiti bagaimana pornografi itu di sebarkan dan seterusnya merosakkan jiwa, minda dan tubuh badan bagi penggemarnya.
Malah apa yang lebih ‘berbahaya’ pornografi ini mampu dilayan dan dilanggan dengan sangat mudah tanpa sebarang halangan dan tapisan dengan menggunakan medium INTERNET.
Pada tahun 2001 dianggarkan sebanyak 70,000 hingga 74,000 laman pornografi wujud diinternet.
Menurut Websense tahun 2002 mencatatkan peningkatan laman sesawang pornografi sehingga 88,000 dan hampir mencecah 1.6 juta laman pornografi pada tahun 2004.
Dan yang terbaru hasil kajian family safe media, jumlah laman pornografi mencecah sebanyak 4.2 juta dan laman pornografi juga sudah mendominasi 12% jumlah laman sesawang diinternet.
Pada tahun 2005 pendapatan untuk jualan dan langganan industri pornografi adalah sebanyak 2.5 bilion USD, dan meningkat kepada 2.8 bilion USD pada tahun 2008.
Berdasarkan data kajian ini, Kirk Doran, Penolong Professer di Jabatan Ekonomi di Universiti Notre Dame, mengatakan bahawa jumlah pendapatan ini adalah sesuatu yang munasabah dan masuk akal.
Selain itu, berdasarkan carian di similarweb, 2 website porno berada pada ranking 17 dan 22, untuk perbandingan semua kategori seluruh dunia. Website porno ranking 17 tersebut, mencatatkan jumlah pengunjung ke laman sesawang tersebut sebanyak 1.5 Billion untuk bulan Disember 2016.
Kesemua data ini menunjuk permintaan yang tinggi di kalangan penonton/pelanggan. Dan memberikan petanda terlalu ramai bilangan mereka yang melayani perkara yang melanggar norma kehidupan seorang manusia.
Dan apa yang lebih membimbang dan memeranjatkan kita adalah dengan data ‘search keyword’ google iaitu Google Trends menunjukkan dengan ‘keyword’ yang spesifik ke arah pornografi, Kuala Lumpur adalah bandar ke-11 tertinggi di dunia, pada tahun 2013, dan pada kedudukan ke-7 setakat bulan september 2014. Dan Ini adalah Malaysia. Negara tempat kita dibesarkan dan tempat kita membesarkan generasi masa hadapan.
Dengan carian yang terbaru, negara Malaysia menunjukkan penurunan. Saya percaya ini hasil sekatan yang telah dijalankan oleh suruhanjaya komunikasi dan multimedia Malaysia(SKMM). Nampaknya usaha SKMM ada hasil walaupun tidak 100%, tetapi data menunjukkan pengurangan.
Tetapi dengan perkembangan teknologi, bahan porno ini banyak disebarkan melalui media sosial seperti Tumblur dan Telegram. Yang mana, melalui saluran ini lebih sukar pihak berkuasa untuk ambil tindakan dan penggemar porno lebih mudah akses.
Kes-kes yang dibawah ini kami kongsikan sebagai satu kisah realiti untuk kita membuka mata bagaimana porno menghancurkan institusi keluarga.
Keluarga merupakan komponan asas dalam pembentukan sesebuah masyarakat. Kehancuran institusi keluarga merupakan ‘syarat’ awal kepada kehancuran sesuatu masyarakat.
KISAH 1: ANAK MEROGOL MAK KANDUNG
Berdasarkan laporan the star bertarikh 20 Ogos 2014, seorang remaja lelaki 15 tahun ditahan, atas tuduhan merogol ibu kandungannya. Laporan mengatakan remaja terbabit menonton video lucah menggunakan telefonnya sebelum bertindak merogol.Pornografi bukan sahaja menyumbang kepada kejadian rogol, malah menyebabkan penggemarnya mengalami kegilaan seksual luarbiasa dan menyebabkan keinginan seksual mereka diluar batasan manusia biasa, kerana kesan daripada ketagihan menonton pornografi.
KISAH 2: MELIHAT HUBUNGAN SEKS ISTERI DENGAN ORANG LAIN
Akhbar TheStar melaporkan seorang suami memaksa isterinya yang mengandung tujuh bulan melakukan hubungan seks dengan seorang pekerja bangladesh. Situasi tersebut telah berlaku beberapa kali sebelum ini. Akibat tidak tahan lagi dengan perlakuan suaminya, isteri yang berumur 28 tahun bertindak melarikan diri dan melaporkan pada pihak polis.Suaminya yang berumur 34 tahun, bertindak sedemikian semata-mata untuk memenuhi keinginan seksual suaminya yang diluar kewarasan manusia.
Seorang pakar psikologi Dr. David Ley penulis buku ‘Women Who Stray’ mengatakan tindakan ini sebagai Voyeurism.
Voyeurism merupakan satu tindakan melihat, mengintai, dan menonton perlakuan seksual. Dalam kajiannya, suami yang telah berkahwin lebih cenderung untuk melihat isterinya sendiri melakukan aktiviti seksual bersama pasangan lelaki lain, dengan beranggapan isterinya mempunyai daya tarikan yang lebih menarik berbanding mana-mana ‘porn-star’.
Mengikut Dr David Ley, tindakan ini didorong oleh ‘pornofied culture’, yang mana budaya ini disebabkan kegiatan dan ketagihan menonton pornografi.
Lambakan pornografi dan juga adegan-adegan filem yang menjurus ke arah perilaku seks telah mencetuskan ransangan seksual yang sangat dasyat terutamanya dikalangan Masyarakat Malaysia.
KISAH 3: SEKS BEBAS DENGAN BAPA KANDUNG
Ransangan seksual yang tidak dikawal ini bukan sahaja mengakibatkan seks bebas yang kronik, malah seks bebas ini berlaku dikalangan ahli keluarga dan apa yang lebih memeranjatkan adalah perilaku ini dilakukan dengan rela hati.Seorang bapa telah didakwa kerana menjalinkan hubungan seks dengan anak kandung perempuannya yang berusia 21 tahun, berdasarkan laporan mereka telah menjalinkan perhubungan haram ini seusia gadis itu 18 tahun. Dan perbuatan sumbang ini dilakukan diatas suka sama suka, kerelaan hati dan juga cinta.
Perbuatan sumbang ini, terbongkar apabila bapa saudara gadis ini membaca sms lucah bapanya.
Ini hanya beberapa berita daripada sebahagian besar kes yang dilaporkan, hampir boleh dikatakan setiap hari . Apa yang lebih membimbangkan adalah perlakuan seks ini ditiru oleh mereka yang yang masih di bawah umur dan pada tahun 2013 mencatatkan perogol termuda di Malaysia, iaitu seusia 11 tahun.
Inilah gambaran sebenar masyarakat Malaysia, Pornografi bukan lagi sekadar menjadi ‘hobi’ yang melibatkan persoalan individu tetapi kesannya sungguh dasyat.
Bagi sesiapa yang tidak merasakan masyarakat yang dihuninya ini adalah masyarakat “hyper-sexual community”, mereka adalah golongan yang tinggal dalam dunia fantasi dan kayangan. Kerana ini adalah realiti yang WAJIB untuk kita terima dan hadapi.
Sehingga seolah-olah tidak ada sesiapa yang dapat menjamin bahawa mereka sudah terlepas daripada bahaya pornografi. Sekiranya ada yang dapat menjamin dan beranggapan bahawa mereka dan keluarga sudah selamat daripada bahaya pornografi, mereka sedang hidup dalam dunia khayalan buatan sendiri.
Jangan menganggap isu pornografi ini adalah perkara yang kecil dan taboo untuk diperbincangkan dalam masyarakat dan seterusnya mengabaikanya. Kita sangat bimbang sekiranya, ahli keluarga kita terlibat dengan najis dadah dan akan berusaha untuk mengubati, tetapi melihat kepada masalah pornografi sebagai persoalan individu dan tidak dipedulikan kaedah untuk mengubatinya.
from Root of Science
Blogger Comment
Facebook Comment