loading...

Jangan Terpedaya Ayat Power Laki Orang Kalau Tak Mampu Tepis 5 Kemungkinan Ini!

Untunglah lelaki boleh kahwin empat, mampu tak mampu ada yang sanggup teruskan. Katanya sudah JODOH!

Eh, macam mana pula pandangan kaum wanita? Ada yang cakap, "kalau perempuan tak melayan, pasti suami orang itu tak terus menggatal."

Tetapi kalau situasinya selalu dipujuk rayu dan digoda, boleh selamat ke? Tambah pula bila setiap hari diberi janji-janji manis. Kena ingat, wanita cukup mudah dipujuk. Dan akhirnya perempuan disalahkan kononya jadi PERAMPAS!

Jadi sebelum anda membuat keputusan untuk melayan janji manis suami orang, anda kena baca beberapa nota kecil ini untuk fikir baik buruk sebelum hubungan lebih jauh...

1. Automatik terlibat dalam penipuan
Mungkin pada awalnya niat nak berkawan tetapi tak sedar perasaan sayang dah wujud. Tetapi walau apa pun alasan, ingatlah... saat anda mula bermesej dengan suami orang, saat itu juga si dia akan mula menipu dengan isterinya. Tak rasa bersalah?

Kalau waktu itu si dia 'sudi' menipu isterinya, tak pelik suatu masa anda pula berada di situasi yang sama.

2. Sampai hati ke tengok kaum wanita terluka
Pastinnya setiap orang ada impian nak bahagia tetapi bila anda jadi orang ketiga, anda sudah gagalkan impian orang. Dan lagi sedih si dia juga seorang wanita, kaum yang sama!

Cuba renungkan, baik ke lelaki yang anda cintai itu jika dia sanggup memburukkan isterinya? Patutnya anda sebagai kaum wanita belajar untuk memahami kekurangan dan kesengsaraan isterinya.

3. Bersedih itu akan jadi 'makanan'
Seronok bila dah bersatu walau si dia hak milik suami orang tetapi apa cabaran dan dugaan bila berkongsi? Itu anda kena fikir!

Anda wajib fikir komitmen bab masa, kewangan dan kasih sayang yang perlu berkongsi. Anda juga perlu memahami realiti dan tanggung jawab apabila suami ada dua isteri. Tak boleh tamak dan hati jkejam, niat nak merebut apa saja yang sepatutnya berkongsi. Sanggup?

4. Terpaksa sembunyikan hubungan
Lumrah seorang wanita cukup suka bercerita dan berkongsi tentang rumah tangga masing-masing. Tapi anda, terpaksa berahsia dek kerana syarat atau mungkin demi menjaga hati banyak pihak. Hmm... belum kahwin bolehlah sorok, dah kahwin belum tentu mampu sembunyikan. Tambah pula bila diuji tentang emosi. Mesti nak meluah.

5. Makan hati
Situasi ini biasa bila dah berumah tangga, tambah pula bila anda dalam situasi isteri kedua. Banyak hal perlu mengalah, tambah pula jika si dia sudah ada anak-anak. Mungkin ada masa, suami terpaksa lebihkan isteri pertama sebab anak-anaknya. Jadi, kalau anda mampu, silakan!

Inilah antara sebab kenapa wanita perlu elak bercinta dengan suami orang. Walaupun lelaki mampu tabur janji, AWAS ya wanita! Semua yang dijanjikan belum tentu dapat ditunaikan. Tolonglah fikir balik hubungan anda dengan suami orang.

Namun andai dah terikat, itu mungkin satu ujian buat anda dan mungkin juga Allah tahu yang adalah wanita hebat. Jangan putus asa, teruskan jaga hubungan, penampilan dan palin penting fikir masa depan anak-anak dan keluarga tersayang.

Baca di website

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close