loading...

Bayi ditinggalkan dalam kotak kipas meja


KANGAR, PERLIS - Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan dalam kotak kipas meja di kawasan semak berhampiran pasar raya, jam 7 pagi tadi, lapor Harian Metro

Bayi berkenaan ditemui oleh orang awam yang sedang berjoging di kawasan itu, sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan untuk menghubungi polis kerana tidak membawa telefon bimbit. 

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, bayi itu ditemui bersama dengan cadar putih, tuala hijau, seluar bayi serta dua patung. 

"Tiada sebarang nota yang ditinggalkan bersama bayi yang dipercayai baru dilahirkan beberapa hari berikutan keadaan tali pusatnya kering," katanya. 




Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF)  untuk pemeriksaan kesihatan. Bayi itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HTF. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. 
from The Reporter http://ift.tt/2iqbpX4 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close