loading...

Sampainya Hati Orang Yang Belasah, Tak Pasal-pasal Lelaki Ini Kena Tahan 13 Jahitan!

Hanya disebabkan terlanggar kereta lelaki bergelar Datuk , pemandu lori ini dibelasah sekumpulan lelaki di apartmen Bukit Antarabangsa, 2.15 petang, Sabtu lalu. Akibat kejadian ini, netizen agak panas melihat gambar dan video yang viral di media sosial.

 

Namun apa yang bagus lelaki ini tidak berdendam walaupun orang yang memukulnya belasah dia seteruk itu.

 

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Izhar, 25, menerima 13 jahitan bermula dari bawah telinganya hingga ke leher. Ikuti cerita sebenar dari perkongsian pemandu lori ini...

 

 

“Selesai menghantar barang di situ, saya terus ke lori untuk keluar daripada tempat parkir. Ketika itu saya tak sedar sebuah kereta diparkir terlalu hampir dengan lori saya.

 

Saya terlanggar bahagian depan kereta tersebut dan ini mencetuskan kemarahan pemandunya. Selepas itu saya dipukul bertubi-tubi oleh beberapa lelaki di situ."

 

Dia yang berada dalam keadaan lemah kemudian dibawa oleh rakannya ke hospital berhampiran bagi mendapat rawatan.

 

“Biarlah polis melakukan kerja mereka. Saya pun bukan siapa-siapa, hanya pemuda yang mencari rezeki dengan memandu lori."

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis sudah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

 

"Walaupun kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk menyelesaikan kes terbabit sendiri tetapi kita tidak boleh menerimanya. Tindakan dilakukan mereka seolah-olah negara ini tiada undang-undang.

 

"Saya mengarahkan Ketua Polis Daerah Ampang untuk mengesan mereka yang bertindak memukul pemandu lori berkenaan dan suspek juga sudah dikenal pasti.”

 

Apa perasaan anda sendiri? Kita yang tengok pun agak simpati dan tak puas hati, macam pula dengan keluarga terdekat mangsa. Ya, tak?

 

Apa pun kita doakan yang baik-baik buat pemuda ini dan moga masalah ini dapat diselesaikan dengan cepat dan adil bagi menjaga hati banyak pihak.

Baca di website

from Peristiwa http://ift.tt/2jHcyOy via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close