SUBANG - Mulai esok, pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan tidak perlu lagi hadir ke balai polis untuk membuat laporan kerana ia boleh dilakukan di lokasi kejadian, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, lapor Free Malaysia Today.
Bagaimanapun, ia hanya melibatkan kemalangan kecil dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Kemudahan itu pada masa ini hanya melibatkan kemalangan dalam kawasan antara Plaza Tol Sungai Besi sehingga Plaza Tol Seremban di Lebuhraya Utara Selatan sahaja.
"Unit penyiasat lebuh raya akan terus ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat mangsa yang terlibat dalam kemalangan kecil.
"Melalui kemudahan ini, mangsa boleh terus membuat laporan kepada pegawai penyiasat di lokasi berhubung kemalangan yang berlaku. Mereka juga boleh mendapat laporan segera yang dibuat di lokasi kemalangan tanpa perlu hadir ke balai," katanya.
Kemudahan yang disediakan ini bertujuan bagi memudahkan mereka agar tidak perlu membuang masa hadir ke balai. - The Reporter
from Cite Heboh http://ift.tt/2jUOnJJ via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment