KAJANG, SELANGOR - Susulan viral gambar tiga kanak-kanak di sebuah taska di Bangi diikat, polis telah menahan empat suspek yang terdiri daripada pengurus dan pembantu taska bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanya berkata, empat wanita berusia antara 24 dan 46 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan hari ini.
"Tiga pekerja wanita ditahan di taska berkenaan pada jam 4.20 petang. Kita turut menahan pengurus taska tersebut di sebuah pangsapuri di Kajang Prima Impian, jam 5 petang.
"Kanak-kanak terbabit turut dihantar ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan dan pihak hospital mengesahkan tiada sebarang kecederaan fizikal," katanya.
Menurut Othman, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, Isnin depan untuk arahan selanjutnya. - The Reporter
Artikel berkaitan:
from Cite Heboh http://ift.tt/2j1W4iU via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment