Mesti ramai yang dah kenali Noorain iaitu founder kepada Norah @organichairremoval produk buang bulu yang tengah meletup-letup ni.
Terbaru, Noorain sekali lagi menjadi viral dan topik perbualan hangat apabila dipilih sebagai pemenang Best Student Enterprise Award (grand winner) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi yang berlangsung semalam dan membawa pulang wang tunai RM20 000. Tabik spring betul la dengan kejayaan Noorain ni. Muda-muda dah berjaya. Tak sia-sia Noorain curi-curi guna makmal universiti.
Noorain sempat ditemubual oleh Awani semalam dan akan bersiaran pada hari ini. Kata Noorain, fokus adalah kunci kejayaan seseorang individu.
Macam yang admin pernah katakan dulu, umur bukanlah penghalang untuk berjaya. Yang pentingnya kemahuan. Semoga dengan kejayaan Noorain ini, menjadi inspirasi kepada semua anak muda di luar sana agar menjadi usahawan yang berjaya. Anak-anak muda di luar sana, anda harus contohi Noorain ni, muda-muda dah berjaya. Tahniah sekali lagi kepada Noorain daripada Oh Media!
Lepas ni Noorain bolehla taja AJL pula, asyik Qu Putih je. Setuju tak dengan admin?
from Oh! Media http://ift.tt/2k9xqhB via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment