loading...

"Suami Di Rumah Meluat Sebab Terabai ??"

Dalam keadaan ekonomi sekarang ini, jarang pasangan yang hanya suaminya sahaja bekerja dan isteri sepenuh masa suri rumah tangga. Sebaliknya, suami isteri sama-sama bekerja bagi membantu meningkatkan taraf hidup keluarga. Namun, jika isteri terlalu kuat bekerja sehingga lupa tanggungjawab, ini boleh menjadikan suami risau dan tidak selesa. Apa yang patut dilakukan bila ada isteri yang bersikap sedemikian?

Hukum Isteri Bekerja
Syariat menjelaskan tidak berdosa bagi isteri bekerja di luar rumah. Asasnya adalah mendapat izin daripada suami. Namun, bagi memastikan kerukunan keluarga, keselamatan diri dan hidup aman bahagia bebas daripada krisis, maka pihak isteri mesti mengambil perhatian mengenai perkara-perkara berikut:
• Pastikan keterampilan berpakaian mengikut syariat
• Pastikan cara gaya komunikasi di tempat kerja dengan sopan dan elakkan diri daripada dieksploitasi dan dipersepsi salah oleh orang lain.
• Pastikan bahawa masalah di tempat kerja tidak dibawa ke rumah
• Pastikan tadbir urus kebajikan suami dan anak adalah keutamaan
• Pastikan persona diri anda adalah sebagai isteri, ibu dan wanita yang solehah. Bukan wanita yang amarah (pemarah) dan cepat melatah.

Punca Isteri Workaholic
Setiap wanita ada keistimewaannya yang fantastik. Isteri yang dilihat sebagai wanita  workaholic misalnya adalah merupakan ciri wanita idaman yang menjadi dambaan setiap lelaki yang normal Ini kerana wanita workaholic memberi impak kepada setiap lelaki yang bergelar suami dari segi:
• Meringankan bebas kewangan suami
• Menghasilkan persekitaran rumah yang bersih
• Membentuk budaya keluarga yang berdisiplin dan jelas matlamat hidup berkeluarga
• Mempunyai kebijaksanaan bagi mencari rezeki dan menyimpan wang
• Mempunyai sikap kental menghadapi cabaran hidup
• Mempunyai karakter ringan tulang dan peka dengan perkembangan psikososial masyarakat sekitarnya.

Sebaliknya, tanpa sikap workaholic, seseorang wanita (isteri) itu akan kelihatan negatif misalnya:
• Bersikap pasif tidak pro aktif
• Malas bekerja
• Suka habiskan masa melakukan aktiviti tidak berfaedah. Contohnya, sibuk chatting menggunakan Internet dan whatsapps.
• Suka berkhayal akan keperluan diri sendiri bukan keperluan keluarga
• Tidak peka akan kepentingan sikap keusahawanan bagi mengukuhkan ekonomi keluarga
• Tidak jelas akan peranan sebagai seorang Muslimah yang unggul (sebagai wanita, isteri, ibu dan seumpamanya).

Kesan Negatif Pada Suami
Meskipun isteri workaholic bekerja dikagumi dan diraikan oleh suami, namun jika tidak mengikut protokol syariat, akan menimbulkan beberapa isu, misalnya:
1. Isteri lambat pulang ke rumah
2. Suami meluat sikap eksyen isteri yang workaholic
3. Isteri memandang rendah akan kredibiliti suami

Apabila timbul 3 isu seperti di atas, inilah yang akan menjadikan suami panik sehinggakan...
1. murung
2. pemarah
3. cenderung melepak dengan rakannya di luar
4. curiga akan kesetiaan isteri
5. berdendam terhadap isteri

Cara Atasi Masalah
Semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Begitulah dengan setiap penyakit ada ubatnya. Junjungan Nabi Muhammad SAW telah bersabda maksudnya“Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah Taala” (HR. Muslim).

Masalah hubungan suami isteri retak kerana isteri workaholic suami panik adalah berpunca daripada masalah komunikasi. Cara untuk menangani masalah komunikasi suami isteri berasaskan perkara berikut:
1. Setiap pasangan mesti tahu hak dan tanggungjawab kendiri
2. Membudaya sikap bercakap dengan kasih sayang.
3. Isteri mesti hormat dan taat setia terhadap suami.
4. Syurga isteri adalah tertakluk kepada redha suami.
5. Suami mesti menstrukturkan isterinya dalam semua perkara. Jelaskan kepada isteri protokol yang diingininya berhubung kehendak isteri yang ingin bekerja dan berkerjaya.
6. Semua nasihat, bimbingan atau arahan perlu berteraskan ilmu pengetahuan. Ia adalah akar kepada perwujudan pasangan suami isteri bahagia dan obor kepada pembangunan ekonomi dan kebahagiaan sesebuah keluarga.
7. Ingat sentiasa bahawa role model yang terbaik dalam aspek komunikasi berkesan pasangan suami isteri adalah Nabi Muhammad s.a.w.

Walau apa pun, untuk selesaikan masalah ini, dua-dua kena mainkan peranan. Jangan cepat tunding jari dan terpulang pada pasangan anda sama ada boleh terima situasi ini atau tidak. Jom, audit!

Baca di website

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close