Jerawat tumbuh dengan berleluasa selepas berhenti menggunakan produk tersebut | Foto - Norhasniza Khalid |
Hai guys! Selamat pagi dan salam ceria. Entri ini agak panjang sikit sebab aku dah lama pencen dari menulis blog. Jadi, kita update di sini sajalah ye.
Pertama, segala-gala yang aku akan katakan di sini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Bukan mahu memperlekehkan produk tersebut, mungkin kulit aku yang tidak serasi dengan produk itu.
Jangan buat sebarang spekulasi. Aku juga dah menghubungi HQ produk tersebut untuk buang testimoni aku. Tetapi tak tahu bila mereka nak buang. Lagi banyak orang kongsi, aku rasa berdosa. Walhal ianya indah khabar dari rupa.
Siapa yang tak mahu cantik? Siapa yang tak mahu flawless, putih gebu? Siapa yang tak terperdaya dengan janji-janji manis 'Cerah seawal tiga hari', 'Jerawat hilang dalam masa 7 hari'? Semua orang nak guna. Kalau boleh, sapu malam ini, esok dah gebu! Kepala banaaaa. Baik kau tuang klorox terus di muka.
Al-kisahnya, aku tak menafikan yang aku sendiri juga turut terjebak (padan muka aku). Ketagihan untuk berkulit putih, bebas jerawat kononnya menyebabkan aku mahu memiliki produk ini. Malah, seawal penggunaan, aku bersyukur tak terhingga sehingga aku sanggup berkongsi rahsia kegebuan aku pada umum. Aku pun memang suka kongsi benda-benda lawa ini. Sharing is caring, sama-sama cantik apa salahnya?
Akibat kemalasan yang melampau, bila dah konon-konon lawa ini, aku seringkali skip pemakaian produk. Kadang-kadang aku guna, kadang-kadang tak. Bermula dari seketul jerawat, sampailah berketul-ketul. Bernanah-nanah dan tiada petanda nak baik langsung. Muka dah mula berminyak, pori semakin membesar. Allahu. Aku kalut, kulit muka mula rasa terbakar. Langsung tak boleh berada di bawah panas mentari.
Tiada petanda untuk pulih, kulit muka rasa terbakar | Foto - Norhasniza Khalid |
Aku dah mula menangis. Aku buat pencarian di Google untuk mencari kepastian. Eleh, biasalah, orang review semua bagi kenyataan power-power. Bagi sekotak, review macam dah guna bertahun punya produk.
Aku usaha lagi dan dapat kesan 3-4 orang yang mengalami masalah yang sama. Malah jauh lebih teruk dari aku. Siap mereka saman pihak produk tersebut. Muka orang itu teruk, dan-dan syarikat itu nak saman. Okaylah banyak duit. Aku tak nak sebut nama produk itu secara terperinci, carilah sendiri. Nanti aku kena saman.
Sebenarnya sayang-sayang sekalian, kalau korang perhatikan, dulu aku pun buta juga. Produk tempatan semua sama. Baik krim kunyit, krim malam, krim siang, sun block or whatever, semua sepaten saja. Perasan tak? Cuma botol atau bekas sahaja berbeza.
Sekarang ini pun, dengan bermodalkan RM1,000 saja kau boleh menjadi pengasas dan bina produk sendiri. Tak rasa something ke? Kau pun tenyeh di muka, entah apa dia letak di dalam produk itu. Sampai blocking jerawat, kikis epidermis kulit korang. Itulah yang korang tenyeh sampai lutsinar.
Pernah tak terfikir kesan-kesannya bila benda-benda asing seperti itu terbenam dalam organ dalaman kita? Ngeri wei! Ngeri.
Aku nak tulis panjang-panjang tentang keburukan penggunaan merkuri dan hidrokinon, aku malas. Korang pergi search di Google. Aku rasa ramai yang sudah sedar sekarang. Cuma biasalah, bak kata kawan aku;
"Belum temui jalan kebenaran"
Wahai wanita-wanita di luar sana, anda sebenarnya cantik, sangat cantik. Cuma lagi cantik kalau kulit anda sihat. Bukan dengan menambah kesakitan pada kulit anda.
Kita nampak 'Wah!! jerawat tak ada, jeragat lesap, parut pudar!", itu petanda kulit kita sihat? Tidak! Anda silap. Itu petanda kulit anda tidak sihat.
Aku syorkan, celik mata, buka hati dan Google. Cari maklumat mengenainya. Aku cuma boleh bantu setakat ini. Pada yang nak teruskan penggunaannya, silakan. Tiada larangan. Yang dah beli pun, nak guna, teruskan okay. Sekian. - Norhasniza Khalid
from The Reporter http://ift.tt/2iDpamm via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment