loading...

Bil U-Mobile RM42,522.80, boleh beli sebuah kereta CASH!


BATU CAVES, KUALA LUMPUR - Seorang pengguna rangkaian telkomunikasi terkejut apabila menerima bil berjumlah RM42,522.80 kerana menggunakan data internet di Dubai selama 2-3 hari.

Status yang dimuat naik pada 13 Januari lalu oleh Muhammad Hazwan Hafifi Baharoddin itu kini viral di media sosial. 

"Saya hairan, waktu di Dubai, saya tidak pernah menerima sebarang notification dari U-Mobile untuk maklumkan caj data atau apa-apa warning. Terus berjalan dan berjalan caj yang dikenakan. 

"Kredit limit saya pun hanya RM300. Manalah saya sangka 2-3 hari caj yang dikenakan sebanyak ini. Boleh beli sebiji kereta cash!

"Bila saya hubungi pihak telco, mereka kata tiada kesilapan pada caj yang dikenakan. Saya perlu bayar dan kalau tidak, mereka akan ambil tindakan," katanya. 



Meskipun masih terkejut dengan caj yang tidak masuk akal itu, Afif berkata dia terpaksa juga mencari jalan penyelesaian bagi membayar bil RM42,522.80. Dalam masa yang sama, Muhammad Hazwan Hafifi mengakui perkara itu berlaku di atas kesilapannya dan menasihati orang ramai agar menutup data internet semasa berada di luar negara. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2ivHQDw via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close