1. Fokuskan minda anak pada ibadat solat sebulan dua bulan sebelum kita mula mengajar dia solat. Pakaikan dia telekung dan biar dia ikut dengan cara dia. Biarkan dia mengikut anda walau pun tunggang langgang tidak mengikut urutan
2. Usah paksa anak, akan tetapi dorong dan tanamkan amalan ini di dalam jiwa dan mindanya. Jika si manja masih bayi, letakkannya berdekatan dengan anda ketika solat. Mungkin dia akan mengacau tetapi sekurang-kurangnya dia melihat ibu dan bapanya bersolat dan hal ini boleh menimbulkan minat awal dalam dirinya.
3. Kebanyakan sekolah tadika berteraskan agama mengajar asas solat kepada si manja dan bacaan solat seperti niat, tahiyat, iktidal, ruku' dan lain-lain. Namun, ibu bapa memainkan peranan yang lebih besar dalam menerapkan budaya solat dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.
4. Ajar langkah demi langkah berwuduk dan lafaz niat dalam keadaan yang ceria dan menyeronokkan supaya si kecil mudah faham dan tidak tertekan.
5. Beritahu si manja bahawa Rasulullah SAW menyuruh anak-anak berlatih solat daripada umur tujuh tahun dan pada umur 10 tahun anak-anak boleh dirotan (sekadar untuk mengajar) jika ingkar dan malas.
6. Belikan si cilik sejadah, telekung atau kopiah, jubah atau baju Melayu yang disukainya sebagai motivasi dan galakan supaya bersolat.
7. Biar dia membaca bacaan solat kuat-kuat supaya kita boleh menegur dan memperbetulkan bacaannya pada waktu itu. Perhatikan pergerakan solatnya. Ajar cara betul untuk duduk, qiam, takbir, rukuk, sujud dan lain-lain.
8. Jangan mengehadkan tempat untuk anak berlatih memperbaiki bacaan solatnya. Uji kelancaran dan kefasihan anak pada bila-bila masa saja, misalnya ketika sambil sikat rambut anak, ketika dalam perjalanan ke taska dan sebagainya. Pintanya untuk baca niat solat, surah ayat lazim, tahiyat dan lain-lain.
9. Dorong anak dengan pujian jika anak semakin fasih membaca dan semakin rajin solat. Beritahu bahawa dengan kefasihannya itu Allah SWT semakin sayang kepadanya.
10. Praktik solat berjemaah bersama-sama apabila ada kelapangan masa di rumah.
11. Bersabar melihat kerenah anak semasa peringkat awal mengajar mereka bersolat. Anak-anak mungkin menunjukkan kenakalan dan kesilapan . Maka bersabarlah menghadapinya.
12. Atur jadual hariannya supaya seimbang dengan ada waktu untuk menonton, bermain, belajar, dan solat.
13. Beritahunya sifat Allah SWT adalah Maha Melihat dan Maha Mendengar. Justeru, nasihatkannya agar sentiasa bercakap perkara yang benar mengenai solat yang dilakukan.
14. Selepas dia menguasai bacaan dalam solat, ajarnya untuk membacanya dengan nada perlahan pula. Awasi mereka ketika bersolat kerana ada kalanya si manja upa tentang rukun dalam solat dan rakaat bagi setiap waktu.
15. Sebaiknya-baiknya apabila hendak melakukan solat, solatlah di tempat terbuka di mana si manja dapat menyaksikan perbuatan mereka. Jika sedari kecil mereka melihat ibu bapa mereka sentiasa melakukan solat, InsyaAllah jiwa anak kecil akan mudah tertarik dan menuju ke arah melakukan ketaatan terutama sekali dalam soal ibadat dan solat yang menjadi tiang agama.
Layari laman web
Blogger Comment
Facebook Comment