loading...

Ingin Beri Gajet Pada Anak Boleh, Tapi Ini Yang Wajib Mama Dan Papa Buat Dulu!

Kini, gajet seperti sudah menjadi satu benda wajib yang mesti ada untuk anak-anak. Bercakap tentang gajet ini ramai yang sedia tahu akan keburukan nya untuk anak-anak kalau ia tidak dipantau. Namun jika diambil dari sudut positif, tidak ada bahayanya gajet ini kepada si manja. Pun begitu, mama dan papa perlu mengambil langkah memantau dan mengehadkan penggunaannya supaya perkembangan adik tidak terganggu. Oleh itu, ini antara langkah yang boleh diambil untuk menjadikan gajet ke arah yang lebih positif dan selamat terutama dari untuk menggilap perkembangan daya intelek adik.

1.    Sekiranya si manja suka menggunakan komputer tablet, pastikan anda menyediakan video-video pendidikan di dalam galeri supaya dia boleh menonton dan ikut sama membaca atau mengira berpandukan video tersebut.

2.    Hadkan masa 20 hingga 30 minit untuk setiap sesi dan hanya dua atau tiga sesi sehari.

3.    Komputer tablet bermanfaat untuk menajamkan koordinasi mata dan tangan. Skrin sesentuh menggalakkan adik menggunakan tangan dan mata untuk membuat pilihan.

4.    Wujudkan peraturan untuk mengehadkan penggunaan gajet supaya tidak mengganggu waktu tidur iaitu dengan melarangnya menggunakan gajet selepas jam 9.00 malam supaya dia perlu bersedia untuk tidur.

5.    Elakkan menggunakan gajet di dalam suasana gelap.  Sinaran blue ray dari gajet boleh merosakkan mata si manja. Sebaiknya juga set kan pencahayaan minimum pada skrin untuk mengelakkan terlalu terang dan menyebabkan mata adik silau.

6.    Amalkan penggunaan gajet mengikut konsep 20:20:20. Setiap 20 minit menghadap skrin, ambil masa 20 saat untuk memandang jarak 20 kaki.

7.    Buat peraturan "tidak boleh bawa gajet'" ke meja makan atau semasa bersama dengan keluarga. Tiada siaran TV atau radio ketika makan. Peraturan ini perlu dipatuhi semua orang termasuk mama dan papa sendiri supaya masa berkualiti boleh dinikmati.

8.    Rancang aktiviti untuk dilakukan si manja seperti aktiviti home school atau kraf, berbasikal atau berkelah supaya perhatian dan keseronokannya tidak hanya tertumpu pada gajet sahaja.

9.    Simpan gajet di tempat yang tidak boleh dicapai si manja terutama sekali ketika mengecas untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik dan sebagainya.

10.    Duduk bersama dengan si manja ketika dia menggunakan gajet. Bantu dan berikan pendapat anda untuk setiap yang dilakukannya.

11.    Si manja boleh menggunakan kamera pada telefon atau komputer tablet untuk mengambil gambar apa sahaja yang ada di taman. Kemudian sama-sama mencari maklumat mengenai objek tersebut di Google. Hal ini akan menambah pengetahuan dan kemahiran kognitif adik.

12.    Gajet berupa buku yang dilengkapi pen sesentuh yang digunakan untuk membacakan ayat-ayat banyak di pasaran. Selain adik boleh menambah ilmu pengetahuan, ia juga boleh memperkaya tatabahasa dan menajamkan koordinasi motor kasar.

Layari laman web

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close