loading...

"Tak Sangka Itu Cara Dia Nak Bermanja Buat Kali Terakhir..." Luahan Hati Seorang Ibu

“Adik kenapa tak mandi ni. Busuk la anak Mama, bau masam!!!

Melihat dia masih mengeliat dan seakan tidak mahu bangun dari perbaringan, saya dukung dan bawa ke bilik air. Beratnya hanya Allah yang tahu.

Dulu ketika kecil tubuh inilah saya selalu dukung dan gendong. Sayang saya kepadanya tiada bandingan. Ketika mandi, saya sakat lagi dirinya, tak malulah adik ni, dah besar panjang pun nak Mama mandikan,” omel saya kepadanya dirinya

Sambil gosok-gosok seluruh tubuhnya saya tanya lagi dengan maksud bergurau.

“Kenapa sekarang adik pergi sekolah tak salam Mama. Adik tak sayang Mama ke?"

Aju saya lagi dan pantas dijawab adik... "Sayang la Mama, mana boleh tak sayang Mama!"

Hari ini, kalau boleh saya tak mahu memori itu terpadam. Ia jadi kenangan seumur hidup kerana seminggu selepas itu, saya mandikan adik lagi. Tidak ada lagi liuk lentok tubuhnya, tak ada lagi balasan cakap sayang dia kepada saya kerana hari itu, matanya terpejam rapat. Terlalu rapat dengan bibir yang memucat. Allahurabbi... adik, minggu lalu Mama mandikan adik dengan penuh kasih keibuan, hari ini, Mama mandikan adik penuh dengan tangisan. Ya, adik pergi. Adik tinggalkan Mama yang akan terus mengisi hari-hari sepi Mama untuk bertahun-tahun lamanya sebelum Mama dijemput Illahi, sama seperti adik terbaring hari ini.

SIAPA SANGKA JADI MANGSA...

Inilah antara kenangan termahal menghiasi memori dalam hidup Siti Mariam Mohd Suffian. Anak bongsu dan lelaki tunggalnya, Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12 tahun antara yang terkorban dalam tragedi nahas kepala air di Bukit Beruntung kejadian 17 Mac lalu. Selain dirinya, pasangan adik-beradik, Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10, Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, Muhammad Iskandar Shah, 12,  Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan, 10 dan Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12 yang mana kesemuanya adalah pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 turut ditemui mati lemas sewaktu menangguk ikan di sungai berkenaan. Cuma seorang yang terselamat iaitu Muhammad Shahir Azman, 12 selepas dia dia sempat berpaut pada batang paip di tepi Sungai SKC iaitu 1.5 kilometer dari lokasi kawan-kawannya dihanyutkan.

Beberapa hari sebelum kejadian tiada lagi pergaduhan manja antara Aiman dan kakaknya, Ayu Suliana, 15. Biasa suara-suara ini menghiasi ruang rumah tetapi Aiman bagaikan sudah memberi isyarat, tiga empat hari ini suasana sepi, sesepi untuk hari-hari seterusnya. Tiada lagi canda dan gurauan mesra, tinggallah kakak seorang diri menjaga ayah dan Mama selepas ini.

Kongsi Siti Mariam lagi, ketika hari kejadian dia sepatutnya bercuti tetapi tetiba ada seorang kawan yang memintanya bertukar hari cuti. Sekitar jam 7 lebih, anak sulungnya mesej memaklumkan yang adik belum balik lagi.

Bia ditanya adik ke mana, si kakak tidak tahu. Adik ada latihan bola dan dia rasa risau kerana hari sudah Maghrib namun adik belum lagi sampai-sampai di rumah.

Ternyata, ketika semua orang tertanya-tanya dan mencari susuk kelibatnya, waktu itu jugalah Aiman sudah kaku. Tubuhnya sedang dihanyutkan air deras. Tubuh kecilnya langsung tak mampu melawan deruan ganas air. Dalam dia tertanya-tanya, jantung Siti Mariam seakan terhenti. Whatsapp dari kumpulan penduduk memaklumkan, anaknya salah seorang dari tujuh kanak-kanak lemas di anak sungai SKC, Kampung Timah, Bukit Beruntung, Selangor. Hari ini dia hanya mampu membacakan ayat-ayat suci al-Quran di tanah perkuburan yang masih merah warnanya. Anaknya itu sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tengah, Guchil Kuala Krai, Kelantan sehari selepas kejadian selepas dijumpai sekitar jam 9 lebih malam pada hari kejadian.

Hatinya masih terkenang-kenang. Sedihnya bukan kepalang. Impian anaknya mahu membeli kasut bola baru tidak kesampaian, hanya pingat-pingat yang sering dimenangi Aiman menghiasi almari di rumah mereka.

Al-Fatihah buat arwah Muhammad Aiman Fitri serta rakan-rakannya yang turut terkorban dalam nahas yang sangat menyayat hati ini. Semoga syurga tempat untuk anak-anak kecil ini.

Baca di website

from Peristiwa http://ift.tt/2njgymr via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close