Gambar ihsan sini.
Rata-rata di antara kita sudah tidak kisah apabila ditanya tentang usia, benar? Tetapi apabila bertanya tentang berapa berat; ia mungkin satu malapetaka! Umum kita mengetahui ramai rakyat Malaysia sekarang bergelut dengan masaalah obesiti dan kegemukan. Sebenarnya, masalah ini bukanlah hanya tertumpu di Malaysia sahaja, malah menjadi perbincangan hangat sehingga ke peringkat Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO).
Pada tahun 2013, sekumpulan saintis yang diketuai oleh Professor Gordon telah menemui petunjuk kepada kumpulan microbiome perut yang berhubungkait dengan kegemukan atau kurus secara sihat. Kumpulan penyelidik ini telah mereka bentuk satu eksperimen yang amat bergaya. Mereka telah mengumpulkan beberapa pasang kembar yang masing-masing menjalani gaya hidup berbeza; gemuk dan kurus. Kemudian, microbiome perut dari pasangan-pasangan kembar ini dipindahkan kepada tikus makmal yang dibiak secara bebas germa dalam sangkar yang berasingan. Tikus-tikus ini diberikan makanan yang sama dan segala parameter lain dimalarkan.
Anda agak, apakah yang terjadi?
Tikus-tikus yang menerima microbiome dari kembar yang kurus akan kekal kurus, dan sebaliknya, tikus yang menerima microbiome dari kembar yang gemuk telah membentuk fisikal seperti tikus yang kegemukan.
Terdapat sedikit twist pada ekperimen ini.
Tikus gemuk dan kurus ini disatukan ke dalam sangkar yang sama. Dan didapati tikus gemuk tersebut bertukar menjadi kurus. Apabila disiasat pada komposisi microbiome perut tikut gemuk tersebut, tikus gemuk tersebut telah mengalami peningkatan kumpulan microbiome dari filum Bacteroidetes. Sebenarnya, tikus-tikus yang kurus ini mempunya kandungan Bacteroidetes yang tinggi.
Gambar ehsan sini.
Selain itu, Gordon juga merumuskan satu bentuk diet yang tidak sihat merangkumi processed food, berlemak tinggi, sayur-sayuran mengikut menu “westernized”. Beliau dapati, tikus yang mengambil makanan seperti ini mempunyai kandungan microbiome perut yang pelbagai. Namun kandungan microbiome yang bermanfaat dalam penghadaman tidak banyak. Jadi orang gemuk sebenarnya menyimpan banyak microbiome perut yang tidak mampu untuk membuat kerja yang sesuai dari sudut penghadaman.
Maka, marilah kita bentukkan microbiome sihat dalam perut kita
Saya bersetuju dengan Gordon. Ujikaji ini hanyalah sebagai cebisan puzzle kepada jawapan yang lebih besar berkaitan permasalahan kegemukan. Namun, penemuan yang diterbitkan pada Science ini telah membuka minda kita tentang hubungkait antara microbiome dan konsep obesity.
from Root of Science http://ift.tt/2nuvB1a via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment