loading...

Ibu-Ibu, Bagi Anak Makan Tempe & Sup Miso Untuk Elak Jangkitan Pada Usus

Probiotik adalah bakteria hidup yang memberi manfaat kepada kesihatan apabila dimakan dalam jumlah mencukupi.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik ialah mikro organisma hidup yang memberi kebaikan kepada kesihatan apabila diambil dalam kuantiti mencukupi. Contoh makanan yang terkenal kaya dengan probiotik ialah yogurt dan minuman susu kultur yang membantu mencegah kanser usus.

Selama ini kita sedia maklum khasiat yogurt sebagai sumber probiotik untuk anak. Sebenarnya anda turut boleh cuba biasakan anak tiga jenis makanan lain untuk meningkatkan sumber probiotiknya.

1. Sup miso. Miso diperbuat daripada kacang soya yang diperam bersama garam dan sejenis fungus yang mengandungi bakteria asid laktik. Sebahagian bakteria asid laktik ini akan meningkatkan jumlah nutrisi makanan, mengawal jangkitan pada usus, meningkatkan kelancaran penghadaman laktosa, mengawal beberapa jenis kanser dan mengawal paras kolesterol dalam darah.

2. Tempe yang juga dibuat daripada kacang soya yang diperam turut mengandungi Rhizopus oligosporus, sejenis antibiotik semula jadi yang dapat melawan beberapa jenis bakteria, antaranya jenis bakteria penyebab pnemonia dan sepsis, Staphylococcus aureuswhich.

3. Keju seperti keju cheddar dan Swiss yang diperbuat daripada bakteria asid laktik yang baik dimakan sebagai campuran dalam roti gandum atau taburan salad.

Pelbagaikan sumber probiotik dalam menu anak anda supaya mereka mempunyai sistem imun badan yang kuat dan dapat melawan jangkitan beberapa jenis bakteria jahat.

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2objFkw via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close