loading...

Awas! Bahaya Kencing Kotor Masa Mengandung. Amal 8 Tips Untuk Elakkan

"Aku rasa tak selesa la. Asyik rasa nak terkencing je tapi sikit je air kencing yang keluar. Lepas tu rasa ngilu semacam," ngadu Shasha yang sedang hamil 16 minggu.

Adakah anda sedang mengandung dan mengalami rasa begitu? Jika ya, baik segera berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan. Itu sebenarnya tanda anda kena kencing kotor.

Kencing kotor bukan bermaksud air kencing yang kotor atau berkeladak, sebaliknya ia adalah jangkitan kuman di saluran kencing atau Urinary Tract Infection (UTI).

Jangkitan kuman melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh).

Menurut kajian, 5 daripada 10 orang wanita mengalami jangkitan saluran kencing, dan 25% di antaranya terkena jangkitan berulang kali. Wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus.

Wanita hamil pula lebih mudah mendapat jangkitan ini berbanding wanita tidak hamil kerana sebab-sebab berikut:

a. Berlaku perubahan hormon ketika mengandung. Hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah, seterusnya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.

b. Saiz rahim yang membesar menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.

c. Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpan. Ini memudahkan kuman yang ada dalam pundi kencing terus membiak.

d. Air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih kandungan gula (kerana perubahan hormon) menyebabkan kuman bakteria mudah membiak.

Wanita hamil yang kena kencing kotor mudah merebak ke buah pinggang. Kesan buruk jika kencing kotor tidak dirawat ketika hamil akan mengakibatkan:

* Jangkitan kuman pada buah pinggang (pyelonephritis). Ia adalah komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian

* Bayi berisiko lahir awal dan mempunyai berat badan yang rendah jika ibu ada komplikasi pyelonephritis.

Itulah antara sebabnya mengapa setiap kali pemeriksaan kehamilan, ibu disuruh untuk kencing dalam bekas untuk pemeriksaan air kencing mereka.

Biasanya doktor akan membekalkan ubat antibiotik yang selamat dimakan oleh ibu hamil untuk rawatan kencing kotor. Pastikan ibu menghabiskan ubat antibiotik yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Dalam masa yang sama ibu hamil yang mengalami kencing kotor atau ada tanda-tanda awal kencing kotor seperti kerap kencing, rasa sakit ketika kencing dan tak selesa di bahagian bawah abdomen segera amalkan tips berikut untuk mencegahnya daripada melarat.

1. Minum banyak air bagi membantu mengeluarkan kuman yang ada dalam pundi kencing.

2. Jika rasa hendak terkencing terus buang air kecil kerana perbuatan menahan kencing hanya akan menggalakkan pembiakan bakteria di dalam pundi kencing.

3. Jaga kebersihan diri. Setiap kali selepas membuang air kecil, lap kawasan vagina dari depan ke belakang untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

4. Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada fabrik kapas dan longgar. Elakkan seluar dalam yang ketat atau diperbuat dari fabrik nilon ketika hamil.

5. Selepas bersama dengan suami, buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan intim tersebut.

6. Tukar pantyliner atau seluar dalam lebih kerap jika berpeluh atau kotor.

7. Kurangkan pengambilan makanan manis atau minuman yang mengandungi kafein.

8. Amalkan pengambilan Vitamin C (antara 250-500 mg), Beta-carotene (25,000-50,000 IU) dan Zinc (30-50 mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman kalau daya tahan badan sangat lemah.

Sumber: drzubaidi.com

Layari laman web

from Kehamilan http://ift.tt/2nxoQsl via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close