loading...

Anak Terlalu Banyak Tanya. Jangan Marah Dan Ini Yang Patut Anda Buat!

Si manja pada usia tiga hingga empat tahun suka bertanya kepada ibu bapa dan orang di sekeliling. Terdapat lima cara untuk mama dan papa menghadapi si manja sebegini iaitu :

 

Langkah 1: Mendengar dengan baik

Ibu bapa perlulah memberikan perhatian apabila diajukan soalan. Hal ini penting kerana selain menjadikan anak berasa dihargai, perhatian yang diberikan juga adalah komunikasi dua hala yang lebih berkesan. Hanya apabila anda mendengar dengan teliti, anda akan dapat membantu si manja memahami apa yang ingin diketahuinya.

 

Langkah 2: Menjawab soalan yang ditanya

Selepas mendengar soalan, jawablah dengan fakta yang betul. Jangan sesekali mendongengkan jawapan atau memberikan fakta yang salah. Jawapan anda  juga perlu ringkas dan tidak terlalu rumit untuk difahami si kecil. 

 

Langkah 3: Menyuruhnya mengulangi jawapan

 Minta si manja anda mengulangi jawapan tersebut sehingga dia mengingati fakta tersebut. Memanglah langkah ini mengambil masa yang agak lama. Namun hasilnya nanti anak anda akan mampu menyimpan memori tersebut dan bolehlah anda menyuruhnya mengulangi jawapan tersebut setiap kali dia bertanyakan soalan yang sama.

 

Langkah 4: Gambar atau objek untuk sokong fakta

Anda juga boleh mengukuhkan jawapan anda dengan menunjukkan gambar atau objek yang menyokong dan membuktikan kesahihan fakta yang anda berikan.

 

Langkah 5: Sabar dan positif

Bersabarlah dengan kerenah si manja dan jangan menunjukkan riak wajah tidak suka dengan perbuatannya. Ketahuilah pada peringkat usia tiga hingga empat tahun adalah tempoh keemasan si manja menyerap pelbagai maklumat dan informasi. Penerokaan ilmu pengetahuan akan memberikan asas kukuh pembentukan karakter insan yang cemerlang.

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2mB8Xjz via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close