Tahu tak kalau di negara Jepun, ada satu undang-undang kerja di mana pekerja dibenarkan tidur sewaktu bekerja, tapi hanya untuk pekerja yang bekerja keras sahaja.
Dekat Jepun je boleh, kalau di Malaysia memang kena marah la dengan boss. Itu antara salah satu undang-undang kerja yang menarik dan tidak ramai tahu.
Ada banyak lagi fakta menarik yang membuatkan korang nak pindah dan bekerja di luar negara.
1. “Reading break” di United Arab Emirates (UAE)
UAE telah memperkenalkan undang-undang baru iaitu “reading break”. Undang-undang ini membenarkan pekerja meluangkan beberapa jam sewaktu bekerja membaca buku mereka minati.
2. Austria bagi cuti mandatori 30 hari
Selepas bekerja selama 6 bulan, pekerja diberikan cuti tahunan berbayar selama 30 hari dan ianya WAJIB. Ia untuk mereka yang bekerja kurang dari 25 tahun. Kalau lebih dari itu, jumlah cuti tahunan akan bertamabah ke 36 hari. Best nya!
3. Pekerja digalakkan tidur sewaktu bekerja di Jepun
Orang Jepun percaya jika tertidur sewaktu bekerja, maknanya orang itu bekerja keras. Kalau bos korang tertangkap korang tengah tidur cakap je “Saya tertidur sebab bekerja keras”.
4. Bercuti itu hak pekerja di Belgium
Di Belgium, tinggalkan kerja untuk travel adalah hak sebagai pekerja. Mereka boleh ambil cuti bila-bila masa dan akan dibayar gaji ketika bercuti. Paling best anda tidak akan dibuang kerja.
5. Tiada lagi kekacauan pada hujung minggu
Di Perancis, majikan tidak dibenarkan menggangu pekerja pada hujung minggu. Ia termasuk dalam rang undang-undang yang diluluskan oleh French National Assembly. Tiada email, telefon, mesej daripada bos.
6. Travel ke tempat kerja pun sudah dikira bekerja di Eropah
European Court of Justice mengeluarkan undang-undang di mana masa yang diluangkan atas jalan raya untuk pergi ke kerja juga sudah dikira sebagai waktu bekerja. Undang-undang ini diperkenalkan agar pekerja tidak dieksploitasi oleh majikan lagi.
7. Nak pecat saya? Tak boleh kalau di Portugal
Di Portugal tidak dibenarkan untuk memecat pekerja. Majikan perlu tawarkan pakej berhenti kerja, memujuk pekerja tersebut untuk berhenti kerja dan mengharapkan yang pekerja itu tidak membuat kecoh kerana berhenti kerja. Siapa bos sekarang ni?
from HANASUVA http://ift.tt/2kzvLm8 via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment