Bila tiba je perayaan Tahun Baru Cina, ramai wanita yang masih bujang sanggup menyewa teman lelaki upahan walaupun harga mencecah £180 (RM1,000) sehari.
Kononnya mereka malu dengan keluarga dan saudara-mara jika tidak mempunyai teman lelaki.
Selalunya situasi ini berlaku di China sahaja. Terbaharu, fenomena tersebut menular di negara ini apabila seorang pengguna Facebook menawarkan khidmat teman lelaki upahan.
Lelaki tersebut dikenali sebagai Zeann Jian, menawarkan perkhidmatan sempena perayaan Tahun Baharu Cina dengan harga serendah RM88 sehingga mencecah RM888.
Pakej tersebut antaranya melibatkan bayaran mengikut hari (RM88), reunion makan malam (RM188) serta sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina dengan harga RM888.
Selain memuat dua keping gambar yang memaparkan bentuk badannya yang sasa, Jian turut menjelaskna secara terperinci mengenai biodata dirinya dan beberapa syarat lain yang boleh dipenuhi sepanjang dia menjadi teman lelaki upahan.
from HANASUVA http://ift.tt/2kzk5fp via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment