Kini ramai yang suka membawa anak bermain di pelbagai taman permainan indoor yang menyediakan pelbagai kemudahan alat permainan. Antara yang popular iaitu bouncy house yang mana kanak-kanak akan melompat-lompat dalam rumah mainan yang besar dan dicipta untuk kanak-kanak melompat dan melantun.
Sudah tentu si kecil akan tertawa riang dapat melompat dan berguling di dalam bouncy house itu. Kita juga turut gembira melihat anak riang bermain dan dalam masa yang sama lega sebab permainan tersebut tidak membahayakan anak.
Namun, anda jangan mudah berpuas hati hanya kerana alat permainan tersebut dicipta untuk kanak-kanak tidak bermakna ia 100 peratus dijamin selamat.
Sebenarnya ada beberapa risiko yang pernah dilaporkan akibat bermain bouncy house.
* Jangkitan kuman
* Gegar otak
* Patah tulang yang memerlukan pembedahan
* Luka atau melecet
Dalam satu kes berlaku di Boston, Amerika Syarikat, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang bermain di dalam bouncy house mengalami luka yang akhirnya bernanah dan merebak seluruh badan selepas terjatuh di dalam bouncy house ketika bermain.
Menurut doktor yang merawat, luka tersebut disebabkan oleh jangkitan staph, iaitu bakteria yang tidak terlihat di permukaan plastik.
Jangkitan staph berasal dari peralatan fitnes atau sesuat yang tidak dibersihkan dengan betul dan akan menjadi tempat bakteria berkembang.
Menurut Mayoclinic, jangkitan staph boleh membawa maut jika bakteria menyerang lebih dalam ke bahagian badan, masuk melalui aliran darah, sendi, tulang, paru-paru atau jantung.
Namun, kebanyakan kes yang berlaku, jangkitan kuman ini tidak menimbulkan masalah besar. Biasanya hanya jangitan kulit yang boleh dikawal.
Oleh itu ibu dan ayah sentiasa mengawasi mainan anak-anak. Sila pastikan lokasi anak anda bermain sentiasa bersih, selamat dan perhatikan anak ketika bermain.
Untuk mengelakkan anak mendapat risiko ketika bermain lakukan beberapa langkah berjaga-jaga ini.
1. Awasi anak ketika bermain
Perhatikan kawan-kawan yang bermain dengan anak anda. Jika anak masih kecil dan ada ramai kanak-kanak besar bermain di dalam bouncy house, mungkin anak anda boleh tercedera akibat dilanggar, dipijak dan dihempap. Lebih baik anda larang anak bermain ketika itu.
2. Pilih taman permainan yang dipercayai tahap kebersihannya
Lagi bagus kalau ada tulisan memberitahu "taman permainan ini dibersihkan dengan antiseptik" yang dipasang di bahagian depan pintu masuknya. Ini menunjukkan pemilik aman tersebut mementingkan kebersihan dan keselamatan untuk para pengunjungnya walaupun tiada jaminan 100 peratus.
3. Cuci tangan dan mandi
Sebaik si kecil selesai bermain, langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan iaitu ajak anak cuci tangan bersih-bersih sebelum dia makan dan minum. Sebaik tiba di rumah, segera bawa anak mandi untuk membersihkan dirinya daripada sebarang jangkitan bakteria.
Langkah berjaga-jaga dan pencegahan awal dapat mengelakkan anak daripada mendapat jangkitan bekteria semasa dia sedang gembira bermain.
Blogger Comment
Facebook Comment