"Nak jimat beli 'pampers' tak?" tanya Peah kepada kawan sepejabatnya Leha.
Eh, siapa tak nak. Ada tempat jual 'pampers' murah ke?" tanya Leha balik.
"Bukan 'pampers' murah tapi tak payah beli langsung dah. Lagi jimat," jawab Peah.
Ajar anak ke tandas sendiri bila hendak buang air kecil atau besar? Ia bukan tugas yang mudah dan sangat menguji kesabaran. Tetapi faedah jangka panjang sangat berbaloi.
Memang tugas melatih anak 'potty training' atau 'free diaper' memerlukan kesabaran dan ketekunan yang mana tak ramai ibu bapa sanggup menghadapinya. Ada yang dengar sahaja proses bercerai lampin ini terus 'surrender' untuk menghadapinya dan lebih sanggup membeli lampin pakai buang untuk anak.
Nak atau tidak, ia adalah proses normal dalam perkembangan seorang kanak-kanak. Ada kanak-kanak seawal usia dua tahun sudah bersedia untuk bercerai lampin tetapi ada juga yang sudah mencecah enam tahun masih lagi nak pakai 'pampers'. Apapun ia juga bergantung kepada kesanggupan ibu bapa untuk membantu anak mereka.
Sebenarnya proses ini bukanlah susah sangat, ia hanya memerlukan anda fokus, sabar dan konsisten untuk tempoh masa tertentu sebelum si kecil betul-betul mahir ke tandas sendiri.
Tip berguna seperti dikongsikan oleh Baby Buddies dalam facebooknya ini boleh dijadikan panduan berguna kepada ibu bapa yang hendak melatih anak mereka bebas pakai lampin pakai buang.
TRAINING 3 HARI. PRAKTIKAL SEMINGGU
Kita bermula dengan fasa training/latihan selama 3 hari. Di galakkan waktu 3 hari ini tidak keluar ke mana-mana atau travel.
Ada banyak cara untuk start didik anak freee diapers. Kami kongsikan cara paling cepat untuk anak faham konsep kencing berak di tandas (tetapi agak penat dan perlukan kesabaran). Sangat sesuai untuk mak ayah yang bekerja.
Cara ini kita buat SEPENUHNYA TAK PAKAI LAMPIN SEPANJANG MASA, WAKTU SIANG DAN MALAM DAN WAKTU TIDUR, supaya anak lebih mudah faham yang dia dah tak pakai lampin serta bagi anak tidak confuse. Sekejap pakai, sekejap tak pakai..konfius tau! Dan boleh lambatkan proses anak nak free diapers.
SEBELUM TUUU.. Boleh gulung semua karpet dan tikar di rumah. Sediakan/beli plastik vinyl (mcm alas meja tu) untuk alas tempat tidurnya. Boleh juga beli cadar waterproof.. :)
1) TRAINING HARI PERTAMA
Bawa anak ke tandas setiap 15 minit. Minta mereka duduk mecangkung atau duduk di potty mereka jika menggunakan potty. Minta mereka kencing dan tunggu 4-5 minit. Anak kebiasaannya belum faham isyarat badan mereka bila mahu kencing atau berak. Proses ini akan bantu mereka untuk faham.
Jika anak ada kencing/berak, maklumkan ini adalah kencing/berak. Puji mereka bila mereka Berjaya kencing/berak. Jika anak tak kencing atau berak, maklumkan “Ok. Adik tak dapat nak kencing lagi ya, takpe, next time kita kencing.”
Kemudian, basuh kemaluan mereka, basuh tangan mereka dan basuh kaki mereka. Ulang semua steps ini setiap kali bawa mereka ke tandas.
Untuk malam, sebelum tidur bawa mereka ke tandas dan minta mereka kencing. Buat step seperti di atas.
Kejutkan mereka MAKSIMUM 2 kali untuk kencing di tengah malam/awal pagi. Lama- lama anda akan perasan anak akan pandai untuk tak kencing waktu tidur malam, sama seperti kita yang dewasa.
Untuk elak stress bagi pihak ibu ayah, please expect anak akan terkucil di dalam rumah (bukan dalam toilet), mereka dalam tempoh training tau..tak nak marah-marah mereka.. sian mereka kalau kena marah..stress tau! Kita yang perlu sabar.. nak didik anak kan?
Semakin banyak anak ‘accident’ (terkucil/terberak merata2), semakin anak belajar faham bahasa badan mereka (bila nak kencing/berak)
Semakin banyak anak ‘accident’ (terkucil/terberak merata2), semakin anak belajar estimate bila mereka akan kencing atau berak
Setiap kali anak ‘accident’, maklumkan, ini adik kencing ni,,ini adik berak ni.. adik lepas ni kencing/berak di tandas..
Sepanjang training ini banyakkan introduce tentang KENCING, BERAK, TANDAS, MENCANGKUNG, BASUH TANGAN dan KAKI SEBELUM KE LUAR TANDAS.
Tidak perlu kurangkan air mereka minum seharian. Biarkan ianya menjadi senormal mungkin, mereka perlu belajar dalam real situation.
2) TRAINING HARI KEDUA
Bawa anak ke tandas untuk kencing atau berak setiap 30 minit. Ulang seperti hari pertama.
3) TRAINING HARI KETIGA
Bawa anak ke tandas untuk kencing atau berak setiap sejam. Ulang seperti hari pertama.
Hari ketiga kebiasaannya anak dah mula tunjuk hint yang mereka sudah slow slow faham bahasa badan mereka. Kadar accident dah makin kurang dan mereka mulai maklumkan/beri isyarat yang mereka nak kencing/berak.
4) PRAKTIKAL 1 -2 MINGGU
Kita sudah tak bawa mereka ke tandas secara rutin. Boleh juga bawa mereka ke tandas bila rasa sudah lama mereka tidak kecing/berak. Tetapi lebih baik bagi mereka masa untuk belajar maklumkan kepada kita bila mereka nak kencing/ berak.
Please bear in mind, anak lebih mudah untuk belajar faham tentang kencing berbanding berak kerana proses kencing lebih banyak kali mereka tempuh dalam sehari berbanding berak.
Please bear in mind juga, anak lebih mudah untuk free diapers waktu siang berbanding malam, kerana sewaktu tidur mereka terkadang tak perasan isyarat badan mereka bila mahu kencing.
Sumber: Facebook Baby Buddies
from kanak-kanak http://ift.tt/2iNqMK7 via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment