loading...

Ibu Hamil Kena Sentiasa Ceria & Ketawa, Barulah Bayi Dapat 4 Kesan Positif Ini

Foto: Sono Baby Studio

Pernah tak anda ketawa sampai keluar air mata? Perasaan lucu atau gelihati yang dialami membuatkan anda ketawa sampai begitu. Kalau anda sedang mengandung, hormon gembira yang dilepaskan itu bukan sahaja dinikmati oleh anda, tetapi juga bayi yang masih dalam rahim.

Mengikut kajian yang dilakukan dari Association for Psychological Science, pada usia enam bulan, kandungan sudah dipengaruhi oleh emosi ibu. Kesannya memang sangat berpengaruh di mana kesihatan emosional boleh membentuk perilaku bayi terhadap kehidupan.

Apa yang anda makan, bagaimana anda menguruskan stres, menangani tekanan, menjaga badan - semuanya memberi kesan kepada si kecil dalam kandungan. Ini antara pengaruh ketawa ibu kepada bayi dalam rahim.

1. Bayi bergerak seperti 'roller coaster'

Secara fizikal, bayi akan bergerak ke atas dan ke bawah bila ibu ketawa.

Pemerhatian yang dibuat oleh Dr. Janet DiPietro, Vice Dean untuk kajian dan fakulti di John Hopkins melihat fetus terapung-apung ke atas dan ke bawah di dalam rahim ibu, melambung atas dan bawah di atas kepalanya, seperti melambung di atas trampolin. Apabila ibu ketawa lagi kuat, fetus akan bergerak ke atas dan ke bawah lebih laju.

Dr. DiPietro yang banyak melakukan kajian ke atas fetus memberitahu, 12 minggu sebelum bayi lahir, dia sudah pun berkelakuan seperti bayi baru lahir. Ini bermakna ketawa ibu memberi kesan kepada emosi dan pergerakannya.

2. Mood ibu dialihkan kepada bayi

Perasaan bimbang keterlaluan, stres atau tekanan akan mengubah bayi anda yang belum lahir. Ibu yang kerap mempunyai perasaan bimbang sepanjang mengandung akan mempunyai peluang yang tinggi mendapat bayi yang resah dan kolik.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tertekan akan 1.5 kali mempunyai masalah tekanan pada usia 18 tahun dan cenderung mempunyai masalah emosi seperti agresif.

Ini kerana hormon ibu boleh disalurkan ke dalam plasenta dan sampai ke bayi.

Ketawa boleh menjadi ubat stres kerana anda bernafas dengan lebih banyak oksigen, meningkatkan endorfin yang dibebaskan ke otak. Ia turut membantu ibu untuk lebih santai dengan cara melepaskan otot tension dan merangsang pengaliran.



3. Bayi mengingati ketawa ibu

Sama seperti anda yang sudah mengenali bayi walaupun dia belum lahir lagi, bayi juga semakin mengenali diri anda. Fikirkan bagaimana personaliti anda telah ditiru melalui pergerakan aktif mereka. Bayi anda betul-betul mengambil personaliti anda.

Kajian mendapati kadar degupan jantung bayi menjadi perlahan apabila ibu bercakap. Suara, ketawa, nyanyian dan tangisan ibu tidak asing kepada bayi. Ia sangat mengenalinya, dan memberi ketenangan.

4. Tiada kesan berpanjangan

Sesekali kita semua akan mengalami hari yang kurang ceria. Jangan biarkan ia mengganggu anda. Biasanya ia tidak akan memberi kesan berpanjangan kepada bayi. Tarik nafas, bertenang, buat senaman ringan atau manjakan diri dengan buat apa yang akan menggembirakan anda.

Moralnya, jika anda sedang hamil sentiasa ceriakan diri, gembirakan hati dan selalu ketawa dan tersenyum. Biarkan bayi merasakan sensasi gembira ketawa ibu.

Sumber:familyshare.com
 

Layari laman web

from Kehamilan http://ift.tt/2jvPtMt via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close