loading...

Isteri jadi hyppo, suami let go

Gambar hiasan | Google Images

Mak saya dulu kadang-kadang berkemban saja di rumah. Ketiak berpeluh, badan pun bau semacam. Tetapi yang peliknya, bau dia yang semacam itu best. Ayah saya tak pernah pula berskandal dan mengugut untuk bercerai sebab mak tak berhias di rumah. Orang dulu-dulu tak plastik, mereka lebih realistik. Mereka menilai manusia dengan nilai dan perspektif yang berbeza. 

Kalau dah bersedia nak kahwin, nak hidup dengan manusia lain dalam satu rumah, kena bersedia dengan bau busuk tahi dia, kentut dia, bau badan dia, bau mulut bangun pagi dia, rambut dia bersepah di rumah, lemak di badan dia hodoh, mungkin dia culas, pengotor dan lain-lain. 

Inilah kehidupan yang sebenar, terimalah. Pandai-pandailah nak belajar untuk perbaiki diri. Masing-masing ada 'dark side'. Terlalu kerap saya tengok televisyen dan media Melayu serta ustaz Melayu (yang patriarchy) sarankan isteri berhias untuk suami dan jarang pula diajar bagaimana suami harus menjaga kebajikan isteri, hati isteri dan masa depan isteri. Ini belum termasuk beribu-ribu kes suami yang meninggalkan isteri dan anak-anak tanpa perhatian dan nafkah. Asyik-asyik bagaimana isteri harus tunduk dengan kehendak lelaki kononnya takut suami lari. 


Dipetik pula dari rancangan tadi, sebuah kisah seorang isteri ditinggalkan oleh seorang suami walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Tetapi dengan alasan kuku tak cantik, tak pandai berhias dan tidak berbau harum. Bodoh. Isteri yang sedih kerana ditinggalkan lelaki seperti itu seharusnya memohon untuk bertukar menjadi lembu.

Ada dua jenis manusia. Ada yang berubah untuk kepuasan diri, ada yang berubah kerana untuk memuaskan orang lain seperti suami, isteri, girlfriend, boyfriend, parent. Kategori yang pertama adalah true believer dan optimistik. Kategori kedua adalah manusia delusional yang paranoia dan tidak mempunyai pendirian. Dan ramai wanita Melayu jatuh dalam kategori kedua, lebih-lebih lagi setelah berkahwin.

Manusia yang sayangkan manusia lain semata-mata kerana faktor fizikal, tidak layak untuk hidup bersama. Tetapi pelik ini pula subjek yang ditekankan dalam hidup Melayu. Isteri tugasnya berhias untuk suami kerana 'takut' suami cari lain. Ajaran ini betul-betul nampak bodoh dan pathetic. Sejauh mana wanita boleh berhias dan nampak cantik secara fizikal? Umur 40 tahun pun dah ramai yang gelebeh sana sini. Itu belum masuk umur 60 tahun. Kalau makan nasi lemak siang malam, tak mungkin boleh cun sepanjang hayat.

Jadi, saranan berhias untuk suami ini cuma boleh terpakai sebelum umur 40 tahun agaknya. Jadi di mana wawasan rumahku syurgaku selepas isteri dah tak cantik? Bagaimana untuk hidup bersama sehingga ke akhir hayat?

Kenapa konsep 'isteri sebagai amanah untuk dijaga" tidak ditekankan dalam rumah tangga Melayu? Bukan anak-anak saja sebagai manah tuhan, isteri yang melahirkan anak-anak juga satu amanah. Kalau isteri jatuh sakit, bed ridden tak boleh berhias, badan gemuk seperti badak, suami patut tendang dia keluar? Kejam betul ajaran Melayu Islam nampaknya.

Saya jarang nampak konsep 'equality' ditekankan dalam perkongsian hidup Melayu. Konsep ini jarang dikupas dan diperbincangkan secara terbuka. Konsep 'isteri harus berhias untuk suami' sebenarnya sudah ketinggalan zaman. Manusia patut hidup dalam konsep tolak ansur dan tahu menjaga diri dan ketrampilan untuk kepuasan diri sendiri, bukan kerana konsep 'takut suami lari'.

Jika suami ceraikan engkau kerana engkau sudah hodoh, terimalah hakikat itu kerana tidak ada gunanya kekal hidup dengan manusia yang berperangai hodoh seperti itu. Bergembiralah.


Saya mahu sampaikan kekaguman pada aktor Ahmad Tarmimi Siregar, seniman hebat yang telah 18 tahun menjaga isterinya yang sakit sehingga sekarang. Isterinya sekarang telah berkerusi roda dan hanya bergantung hidup pada suaminya. Inilah contoh suami yang patut dihighlightkan. Suami yang memahami makna 'amanah tuhan'. 
from The Reporter http://ift.tt/2jcIhVd via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close