loading...

Jangan Biarkan Anak Merajuk Terlalu Lama Kalau Tak Nak Anak DEGIL

Kebanyakan ibu ayah zaman sekarang suka pujuk anak dengan bagi phone atau Ipad semata-mata nak buat anak diam. Itu OK tapi kalau yang jenis abaikan, harap anak pujuk emosi sendiri, macam mana?

 

Tolonglah, anak-anak yang semakin membesar sebenarnya cukup tagihkan pujukan ibu ayahnya. Jadi untuk ketahui cara terbaik, baca perkongsian saudara Abu Hannah ini...

 

Hannah merajuk dgn aku malam ni. Sebab salah aku, janji nak bertolak ke JB malam ni tapi tak jadi. Sebab ada hal emergency tadi.

 

Aku sampai rumah, bini aku dah signal, Hannah tunggu aku dari tadi. Dia merajuk sebab aku mungkir janji.  😕

Aku jengah dlm bilik mainan, dia tgh khusyuk memasak. Sambil menyuap anak patungnya makan.

Dah 3 kali dia merajuk semenjak skrg ni. Kekadang aku sendiri lupa, anak aku makin membesar. Dan dia sedang belajar banyak perkara baru.

 

Dan antaranya ialah EMOSI.

 

" Assalamualaikum... Hannah buat apa tu, boleh baba makan sekali? ", sapa aku sekadar memulakan perbualan antara kami. Dgn anak pun kena pandai nak mengayat. Bukan bini jer.

Dia nampak seakan terperanjat. Tapi dia teruskan bermain tak pedulikan aku. Hehe... Sekarang baru aku faham. Kenapa Allah tetapkan manusia tu menyusu badan. Dan susu itu keluar drpd badan manusia yg penuh emosi.

 

Semuanya sebab supaya aku belajar. Setelah lunas 2 tahun susu badan, aku akan teruskan pelajaran untuk didik emosi anak aku. Dulu masa menyusukan anak, aku belajar mengawal emoso isteri aku.

 

Madrasah kehidupan. Dah umur 31 tahun pun aku masih ' bersekolah '.

 

Aku berjalan perlahan, duduk betul2 disebelah Hannah. Memerhatikan dia bermain. Sambil beberapa kali aku cuba senyum, Hannah memandang dgn ekor mata. Aku tahu, dia marah dgn aku.

 

Tapi dia nak aku ada kat situ.

 

Budak ni, ada zon emosi yg kau tak boleh terjah masuk melulu. Sebab kau akan cederakan emosi tu. Kau kena seperti menarik rambut dlm tepung. Rambut dpt diambil, tp tepung tak berselerak dan bersepah.

 

Aku duduk bersila, dan beberapa kali minta dia suapkan aku makanan.

 

Akhirnya, Hannah bawakan aku sepinggan makanan dlm pinggan mainan.

 

" Nah baba, makan. Jgn sepah ", ujar Hannah sambil beredar. Sebenarnya itu pesanan mama dia setiap kali dia makan. Iaitu makan jgn bersepah.

 

" Hannah marah baba? Emm... Baba mintak maaf. Sebab tadi kawan baba ada kerja. Esok lepas solat subuh kita pergi umah kak anis ok syg?, " ujar aku sambil duduk rapat sebelah Hannah yg terus memasak di dapur mainannya.

 

Dia ambil senduk mainan. Dia lempar ke dinding. Sekarang emosi marah. Dia sdgn ekspresikan rasa marah. Tadi emosi dingin dan merajuk.

 

Aku tahu, anak aku sdg secara perlahan mengenali setiap satu emosi. Aku kena pastikan pada peringkat ini dia kenal setiap emosi yg ada. Kemudian cara mengawalnya. Sebab aku xnk dia alami kecelaruan atau konflik identiti kelak.

 

Siapa nak anak sedih betul tak? Kalau boleh aku nak Hannah gembira sentiasa.

 

Tapi Allah ciptakan setiap emosi itu secara fitrah dlm diri manusia. Ianya adalah sebahagian drpd kita. Kita sebagai khalifah perlu tahu utk mengawalnya.

 

Perlahan-lahan aku keluarkan anak patung Barbie yg sempat aku sambar masa singgah uptown tadi. Kali ni reaksi Hannah lain.

Dia terpa pada aku. Ambil mainan. Dan cium pipi aku. Sebab aku selalu suruh dia cium pipi dlu baru ambil mainan drpd aku.

" Ni Hannah punya ka baba? ", soalnya sambil membelek mainan baru tu.

 

" Yup, ni Hannah punya. Baba kerja tadi sebab nak cari duit beli mainan Hannah. Maaf sebab baba lambat balik. Esok lepas solat subuh kita pergi umah kakak anis ok syg? ", jelas aku sambil memangku Hannah.

 

" Kakak Anis punya mana? ", tiba2 soalan ini terkeluar.

" Ada dalam kereta. Esok sampai baru bg kakak Anis ok? Nanti Hannah main sama2," ujar aku seakan bersedia. Sebab aku tahu, dh lama dia x jumpa kakak sepupu merangkap kakak susuan kesayangan dia tu. Dah mcm org bercinta.

 

Aku masuk umah tadi bini aku dh bgtaw. Dia kata pergi setel dlu dgn anak dara tunggal aku tu. So aku tahu, suasana agak tegang. Aku sebolehnya xnk Hannah tidur dlm keadaan dia sedih. Sebab tu, sebolehnya elakkan marah anak masa mereka nak tidur. Biarlah mereka tidur dlm emosi gembira.

 

Tapi aku tahu, bukan mudah. Kekadang tu diluar kemampuan kita. Sebab tu diet antara teknik yg kena jaga. Gula akan buat anak hyper. Dan anak hyper boleh jadikan emak ayah mcm singa.

Akhirnya emosi anak yg cedera. Walhal silap tu drpd kita sebagai ibu bapa.

 

Kawan...

2 tahun Allah hantar perintah menyusu badan dalam Al quran supaya kita sbg ketua keluarga belajar emosi seorg manusia. Iaitu isteri kita.

 

Rupanya...

Selepas 2 tahun tu, Allah akan hantar anak pula untuk kita realisasikan apa yg kita belajar selama 2 tahun sebelum itu.

Sabar itu indah kawan... Serius. Indah...

 

Takkan pernah sia2 kau sahut perintah Allah. Pasti ada sebabnya. Zahir dan batin seorang manusia. Hanya Allah tahu bagaimana sikap manusia itu. Dan apa yg terbaik untuk mereka.

Pernah tgk kartun tajuk Inside Out?

 

Aku syorkan ang pa laki bini pi tgk kartun tu. Insyaallah kalian akan faham.

 

Kartun pun banyak membantu sistem pelajaran silibus orang tua.

Kita selalu rasa diri kita pandai. Padahal Allah hantar anak jer untuk ajar orang tua. Sebab tu org sombong takkan kemana.

Pokoknya...

 

Jangan biarkan anak terlalu lama berada dlm mode emosi negatif. Kalau nangis pujuk segera. Boleh membawa pada kecederaan emosi. Antara simptomnya adalah degil.

 

Sumber: Abu Hannah

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2iCtqoo via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close