loading...

Kenapa Si Kecil Suka Tengok TV Dekat? Jangan Cepat Marah Sebelum Baca 10 Info Ini

Ramai ibu bapa yang ada anak kecil mesti akan menghadapi masalah si kecil suka menonton tv secara dekat. Mereka akan berdiri depan tv dan menghalang pandangan orang lain.

Kita selalu membebel dan marahkan anak kecil yang suka tengok Tv dekat-dekat. Alasan kita selalunya nanti mata rosak atau cepat rabun kalau tengok Tv terlalu dekat. Hakikatnya ia hanyalah mitos orang tua dulu-dulu. Mengapa?

Sebenarnya ia trauma masyarakat dunia tahun 1960-an apabila syarikat General Electric yang mengeluarkan tv telah membuat satu kenyataan iaitu tv warna keluaran mereka telah tersilap pengeluaran.

Ia mengakibatkan tv tersebut mengeluarkan pancaran sinar-x secara berlebihan. Tetapi akhirnya pihak General Electric menemukan penyelesaian dengan menempatkan perisai kaca bertimbal di sekitar tabung atau tiub sinar tv.

Bagaimanapun kebimbangan tersebut telah menjadi budaya turun temurun sehingga ramai ibu bapa melarang anak menonton tv secara dekat.

Tiada sebarang bukit atau fakta pun yang menyatakan ada mata manusia yang rosak akibat menonton tv terlalu dekat sama ada orang dewasa atau kanak-kanak.

Walaupun anda melarang si kecil daripada berada dekat dengan tv, ia hanya bertahan tak sampai lima minit pun kerana selepas itu mereka akan berdiri lagi depan tv. Jadi, lebih baik anda fahamkan dulu fakta tentang penglihatan kanak-kanak.

1. Jarak penglihatan kanak-kanak adalah berbeza dengan orang dewasa.

2. Sebenarnya kanak-kanak boleh fokus pada jarak dekat lebih bagus berbanding orang dewasa tanpa memberi tekanan kepada mata mereka. Ini kerana kanta mata mereka lebih fleksibel dan boleh disesuaikan untuk pandangan jarak dekat.

3. Mata sebenarnya boleh menukar bentuk untuk pandangan jarak jauh atau dekat dan mata kanak-kanak adalah paling fleksibel.

4. Mata akan mula hilang fleksibilitinya mengikut perubahan usia, jadi kanak-kanak akan mula menonton tv pada jarak jauh apabila usia mereka semakin meningkat.

5. Kanak-kanak biasanya membentuk tabiat memegang bahan bacaan dekat dengan mata atau duduk betul-betul depan tv semasa menontonnya.

6. Kanak-kanak perlu menonton tv secara dekat, disebabkan keterbatasan mata mereka untuk melihat dan memahami sesuatu.

7. Kanak-kanak ingin dirinya masuk ke dalam dunia rancangan tv yang ditonton sebab itu mereka berada hampir dengan tv. Duduk jauh dari tv dirasakan kurang menyeronokkan serta tidak dapat menghayati apa yang ditonton.

8. Mereka ingin juga merasakan pengalaman serta menjadi sebahagian daripada watak yang ditonton dalam tv.

9. Apabila lahir, kanta di dalam mata biasanya akan berwarna jernih dan fleksibel, zonules yang berhubung dengannya sangat kuat. Semakin usia bertambah, kanta menjadi kurang fleksibel, dan zonules juga semakin tidak efektif. Bentuk mata anda, yang ditentukan secara genetik memungkinkan anda memerlukan kanta yang betul. Jika anak anda menunjukkan ciri-ciri masalah mata, segera bawanya berjumpa pakar oftamologi untuk diperiksa.

10.Ini juga antara sebabnya mengapa ramai yang akan mula mempunyai masalah penglihatan apabila mereka mencecah usia 40 tahun. Ini kerana semua otot semakin tua dan mereka mula hilang fleksibiliti keremajaan.

Menonton tv secara dekat dan membahayakan mata mungkin apabila si kecil menontonnya terlalu lama atau di dalam keadaan cahaya yang tidak mencukupi. Keadaan ini boleh menyebabkan mata cepat letih. Mata juga menjadi letih apabila kita menonton tv sambil berbaring atau mendongak dibandingkan duduk dan memandang lurus pada tv.

 


 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2j9vCCq via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close