loading...

5 Cara Tangani Anak Jenis Suka Makan Ubat Walaupun Tak Sakit

Biasanya si kecil tak suka makan ubat tapi ada juga jenis kanak-kanak yang pantang nampak ubat. Dia anggap ubat sirap berwarna-warni macam minuman manis yang sedap dan boleh diminum sesuka hati.

Bahaya juga kalau anak jenis suka minum ubat. Perkara yang merisaukan ialah dia gemarkan ubat walaupun ubat itu bukan untuknya kerana dia tak sakit. Selain itu kanak-kanak ini juga akan meminta sedikit ubat apabila melihat adik-beradik lain yang tak sihat minum ubat. Biasanya jika tidak diberi mereka akan mengamuk. Bahkan lebih bahaya kalau dia mengambil ubat untuk orang dewasa dan meminumnya di luar pengetahuan ibu bapa.

Tabiat bahaya ini mesti ditangani.

1. Jauhkan daripada anak

Apa yang perlu dilakukan adalah menjauhkan ubat-ubatan daripada pandangan anak. Sebaiknya simpan ubat-ubat tersebut di tempat yang anak kecil tidak tahu dan tidak dapat mencapainya. Ini kerana agak payah untuk anak-anak sekecil itu memahami kenapa sesuatu perkara itu tidak boleh dimakan, dilakukan dan sebagainya.

2. Jangan minum ubat depan anak

Ketika memberi ubat kepada anak-anak yang lain atau untuk ibu dan ayah, lakukan di luar pengetahuan anak itu. Dengan cara ini anak kecil yang cerdik tidak akan merengek-rengek meminta disuapkan ubat yang sedang diberikan kepada adik beradik lain.

3. Jangan takutkan

Sekiranya anda melarang dengan alasan yang dibuat-buat untuk menakutkannya seperti “Eii..ini ubat tak elok untuk adik, nanti adik sakit” hanya akan membuatkan anak anda menjadi takut  kepada ubat pula, ataupun merasa anda tidak mengendahkannya lagi.

4. Tunjuk contoh

Tunjukkan video bagaimana ubat boleh memberi kesan buruk kepada kanak-kanak jika dia minum tanpa pengawasan daripada ibu bapa.

5. Minta orang lain nasihatkan

Ketika bawa anak lain yang tidak sihat berjumpa doktor, minta doktor untuk memberitahunya ubat tersebut hanya untuk mereka yang tidak sihat dan bukan boleh dimakan oleh orang yang sihat iaitu dirinya. Kadangkala kanak-kanak lebih mendengar nasihat daripada orang lain berbanding ibu bapa sendiri.

Kadang kala sifat ingin tahu anak-anak kecil yang kuat, membuatkan perkara yang dilarang itulah yang semakin ingin diketahui dan dilakukan.

Gunakan kreativiti anda untuk memberi kefahaman kepada mereka tentang hal yang dilarang atau lebih baik lakukan sesuatu untuk mengelakkan mereka daripada mengamuk kerana tidak dapat apa yang dikehendaki.

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2imbwI6 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close