CHINA - Seekor panda gergasi menjadi bualan netizen di media sosial negara itu kerana pandai berposing bagi merakam gambar selfienya bersama pelancong.
Gambar yang dimuat di laman Weibo itu juga menunjukkan panda terbabit cuba mengambil monopod dari pelancong.
Menurut individu yang memuat naik gambar tersebut, panda berkenaan dijaga oleh sebuah pusat penjagaan Panda di bandar Chengdu.
Wanita dalam gambar tersebut adalah pelancong dan cuba merakam gambar selfie dengan panda berkenaan yang sememangnya dibenarkan oleh pusat berkenaan.
Beberapa gambar yang dirakam menunjukkan panda tersebut pandai mengayakan posisinya seperti menongkatkan dagu di tangan. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2iqstiT via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment