Semakin anak anda membesar semakin banyak perkara baru yang dipelajari. Apakah peranan yang dimainkan oleh ibu dalam proses perkembangan anak-anak? Apakah nutrien yang diperlukan oleh Si Manja yang berumur 4 hingga 6 tahun untuk perkembangan sihat?
Dutch Lady Nutri Plan™ membantu anda memahami tahap-tahap perkembangan anak anda serta nutrien yang menyokong keperluan nutrisi Si Manja pada tahap ini dan bagaimana para ibu dapat menyesuaikan diri dalam membimbing anaknya.
1. Pada umur 4-6 tahun, kebanyakan kanak-kanak mula menjadi lebih berdikari serta mempunyai kawalan diri dan kreativiti yang lebih tinggi. Mereka juga gembira bermain dengan permainannya untuk tempoh yang lebih lama, teruja untuk mencuba perkara-perkara yang baru dan lebih mampu untuk meluahkan fikiran dan emosi mereka.
2. Perkembangan otak dan kognitif sangat penting dalam peringkat ini, kerana kanak-kanak belajar, menghafal dan cuba untuk membina pemahaman. Nutrisi menjadi sokongan yang penting untuk kemajuannya daripada satu tahap yang penting kepada yang lain, seperti yang terdapat pada susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady Nutri Plan™ yang mengikuti perkembangan anak anda dari umur 1 hingga 6 + tahun.
3. Walaupun kanak-kanak membesar dan berkembang pada kadar tersendiri, Si Manja anda mungkin akan mencapai sebahagian besar tahap perkembangan berikut sebelum mereka mula bersekolah.
TAHAP KEBIJAKSANAAN CREATE (4 HINGGA 6 TAHUN)
Anda mungkin perasan bahawa anak anda mula membina rumah kecil daripada blok mainan dan berkeras meminta anda bermain permainan rekaannya. Tiba-tiba Si Manja anda bukan lagi si kecil yang dahulu!
Dia lebih suka berangan-angan, mencipta permainan yang baru, berlakon menjadi watak kartun kegemarannya, atau eksperimen dengan mencelup lolipop ke dalam susu apabila anda tidak melihat. Ini semua merupakan tanda-tanda kreativiti yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berumur 4-6 tahun. Dalam erti kata lain, dia menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah yang melibatkan penyesuaian atau fleksibiliti pemikiran.
Ini bermakna kanak-kanak bukan sahaja sedang belajar, tetapi juga menghafal dan membuat perhubungan. Otak dan pemprosesan kognitif pada peringkat ini akan dirangsang sepenuhnya oleh Si Manja anda.
Melalui khasiat Dutch Lady Nutri Plan™ CREATE, seperti DHA yang memacu perkembangan otak,Tirosina yang mencukupi membantu kecerdasan mental, Kolina untuk meningkatkan daya ingatan serta Magnesium yang membantu daya tumpuan, ia menyokong perkambangan kanak-kanak pada tahap ini. Ketika Si Manja bermain dan berlari-lari dengan rakan-rakan mereka, Vitamin D juga penting dalam menggalakkan penyerapan kalsium dengan aktif.
PERANAN ANDA SEBAGAI PELUKIS!
* Sekiranya anda tidak pernah terlibat dalam projek seni atau mahir dalam kraf, inilah masanya anda menjadi kreatif dan menunjukkan pada anak anda bagaimana kreativiti boleh digunakan menerusi bahan-bahan kitar semula atau bahan yang boleh didapati di rumah!
* Selain blok mainan dan bermain doh, anda juga menggunakan pakaian lama, surat khabar, kadbod, botol plastik dan selimut yang boleh digunakan untuk projek seni bersama Si Manja.
* Jangan hanya mencipta seni, biar ia menjadi satu cerita yang unik kepada anda berdua. Anda akan terkejut dengan imaginasi Si Manja anda!
Setiap kanak-kanak membesar pada tahap perkembangan yang berbeza. Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah menyediakan yang terbaik mengikut peringkat pencapaian Si Manja, agar setiap tahap kebijaksanaan yang dilalui oleh mereka akan terserlah.
Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana Dutch Lady 4-tahap Nutri Plan™ dengan 5X DHA* dapat menyokong tahap perkembangan kanak-kanak, sila layari http://ift.tt/1EwFFmk.
from kanak-kanak http://ift.tt/2hJbKr2 via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment