Ini kerana sikap sesetengah ibu bapa yang ingin memudahkan kerja mereka lantas memberikan telefon pintar kepada kanak-kanak atas alasan anak tersebut akan ‘duduk diam’ dan tidak mengganggu mereka untuk membuat kerja.
Lebih parah lagi ramai antara ibu-bapa pada hari ini menjadikan telefon pintar sebagai hadiah berharga untuk anak mereka. Sebenarnya fenomena penggunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak harus dihentikan atau dikawal sebaiknya kerana telefon pintar memberikan banyak kemudaratan kepada perkembangan kanak-kanak.
Namun ibu ayah boleh perkenalkan anak-anak melayari internet tetapi biar ada batas. Cuba ikuti saranan ini...
Amalan Formula 5 kali 2
1. Jangan terlalu awal perkenalkan teknologi kepada anak-anak. Tunggu usia 2 TAHUN ke atas. Jangan berikan gajet kepada anak-anak 2 tahun ke bawah.
2. Hadkan masa penggunaan kepada 2 JAM sehari sahaja.
3. Pastikan teknologi yang digunakan berbentuk interaktif ataupun 2 HALA. Ini bermakna, anak-anak mempelajari sesuatu daripada teknologi tersebut.
4. Pastikan 2 BAHASA, sekurang-kurangnya dalam bahasa Inggeris agar penguasaan mereka meningkat.
5. Jadikan teknologi satu perkongsian 2 PIHAK antara ibu dan anak. Bermakna ibu bapa mesti tahu dan peka dengan teknologi yang anak-anak gunakan.
Percaya atau tidak, golongan yang didedahkan telefon pintar pada awal usia akan cepat bosan untuk belajar jika mereka memasuki fasa persekolahan. Namun tak salah jika anak-anak melayari internet, tapi pastikan dipantau! In shaa Allah selamat.
Baca di website
Blogger Comment
Facebook Comment