Menceritakan saat indah apabila disahkan hamil, menurut Syatilla Melvin kenangan itu akan kekal dalam memorinya. Ia kenangan paling manis untuk mereka suami isteri. “Masih saya ingat lagi detik-detik saya positif hamil. Pagi itu saya membuat ujian kehamilan di rumah. Namun saya tidak berani melihat alat ujian kehamilan itu. Saya telekopkannya. Selang 15 minit saya memberanikan diri membukanya sedikit demi sedikit. Mata masih di pejam. Lambat-lambat saya membuka mata. Saya cuba melihat dengan satu mata dahulu, tidak percaya saya meluaskan mata saya untuk melihat alat ujian kehamilan itu. Dada saya berdebar kencang. Ya Allah, ada dua garisan. Positif...”
“Kegembiraan itu saya kongsikan dengan Sam. Reaksi dia lagi pelik. Dia diam tanpa sebarang reaksi. Mulutnya bagaikan terkunci. Sedangkan sebelum ini dia yang beria-ia menyuruh saya membuat ujian kehamilan setiap kali lewat datang haid. Namun saya tidak melakukannya kerana saya faham tubuh saya. Ia tidak menunjukkan sebarang tanda mengandung. Saya faham Sam, dan saya tahu dia sangat gembira sehinggakan tidak terucap sebarang ayat,” kata Tilla berkongsi memori indah itu bersama peminatnya.
Cerita Tilla lagi berita itu membuatkan mereka begitu gembira dan bagaikan tidak percaya penantian selama lima bulan, kini menjadi kenyataan. Tilla tidak jangka akan hamil kerana seminggu sebelum itu dia dan Sam pergi bercuti di Pulau Perhentian. Dia dan Sam lakukan banyak aktiviti lasak di samping menikmati keindahan alam. Di sana baru dia teringat sudah empat hari lewat datang haid.
Namun begitu menurut Syatilla, dia buat tidak tahu sahaja perkara itu, sehinggalah pulang dan mengenapkan 10 hari barulah dia membuat ujian kehamilan. Jauh di sudut hati, dia dapat merasakan bahawa dia sedang hamil berdasarkan beberapa simptom tubuh yang dirasainya, cuma dia perlukan kepastian sebelum benar-benar yakin dirinya sedang hamil.
Sebaik mengetahui dirinya hamil, Sam amat menjaga keselesaan dan memperhatikan kesihatan Syatilla dan anak yang di kandung. Sam juga meminta isterinya itu menghadkan pengambilan tawaran berlakon yang melihatkan tempoh lama. Dia mahu Tilla banyak berehat demi kesihatan diri dan anak mereka yang bakal lahir.
“Sam memang sibuk dengan kerja. Saya faham kerja dan masanya sebelum berkahwin dengannya lagi. Jadi saya harus menerima keadaan itu. Tidak bermakna semasa mengandung dia akan memperlahankan kerjanya, dia bukan begitu. Sam amat menjaga kerjanya dan dia begitu berdisiplin apabila melibatkan kerja. Namun dalam kesibukan itu, dia akan pastikan ada masa untuk membantu saya, membuat jus buah setiap pagi. Malah dia yang belikan saya mesin pengisar,” hujah Tilla.
Syatilla memberitahu, sepanjang tempoh kehamilannya, dia amat menjadi pesanan dan nasihat orang yang lebih berpengalaman. Katanya, nasihat dan teguran yang diberikan itu adalah demi kebaikan diri sendiri. Orang tua, terlebih dahulu makan garam, jadi apa yang dinasihatkan itu, berdasarkan pengalaman mereka. Lagipun katanya, bukan sukar sangat untuk mengikut pantang larang yang diberitahu. Dia dan Sam, sama-sama bermohon agar kandungan ini selamat dan dipelihara Allah daripada segala kemungkinan.
Tilla sempat memberikan tip bagaimana dia mengatasi perselisihan faham sebagai suami isteri. Sebagai mana peribahasa ‘sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula hubungan suami isteri’. Nak tahu apa rahsia rumah tangga, dapatkan majalah Mingguan Wanita 1727 (23-29 Disember 2016) yang sudah ada di pasaran.
from cerita cover http://ift.tt/2jeKmlu via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment