loading...

Terlajak Main Phone, Akhirnya Rumah Tangga Musnah!

Aku tak pandai nak menulis. Tapi aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri sebagai pedoman. Aku berkahwin pada usia yang muda dan rezeki Allah nak bagi, aku dikurniakan anak anak dengan jarak yang dekat. Boleh kata selang setahun aku mengandung. Cukup setakat itu maklumat aku.

Terus kepada apa yang aku nak kongsi dengan pembaca adalah kesilapan diri aku sendiri. Aku leka dengan telefon. Balik kerja, aku terus pergi kedai makan bungkus lauk. Kebiasaan anak – anak akan disuap makan oleh pengasuh sebelum aku ambil setiap petang lepas habis bekerja. Sampai rumah capai telefon terus buka facebook scroll baca newsfeed. Anak – anak aku biarkan main srndiri. Sejujurnya aku kurang berkomunikasi dengan anak dan suami sebab perhatian aku hanya dekat telefon.

Tapi tak bermakna kerja rumah aku tak selesai. Tanggungjawab aku sebagai ibu dan isteri tetap aku buat. Sampai 1 hari suami aku tegur perangai aku yang tak boleh lekang dari telefon. Penah aku beriya ajak dia keluar berdua, konon nak luang masa berdua, sudahnya aku jadi bosan. Bila bosan aku capai telefon, baca status dalam fb, baca blog, baca tips yang orang lain kongsi. Bila aku rasa sesuatu yang aku jumpa tu menarik, aku tunjuk dekat suami. Tapi suami tarik muka. Saat tu aku dah fikir dlm hati dah kenapa.

Masa nak bagi tidurkan anak anak pon aku cepat rasa bosan. Sebab rasa mcm lama sangat nak bagi diaorang ni tidur. Jadi sambil aku tidurkan anak anak aku sambil surt internet. Bila aku nak tidur pon aku akan mengadap lagi telefon. Selalunya aku akan follow page dlm facebook. Setiap komen aku baca. Waktu tu rasa macam tak ada telefon macam tak lengkap hidup. Kalau dah smpai pejabat pon, aku sanggup patah balik untuk ambil telefon kalau aku terlupa nak bawa telefon.

Anak anak jangan cakap la. Setiap masa nak perhatian. Bila buat je perqngai aku akan melenting terus sebab aku rasa “me” time aku dengan telefon dikacau. Banyak kali suami aku tegur sikap aku. Tapi aku ego. Aku rasa kerja rumah aku dah siapkan semua jadi tak ada masalah kan semua tu.

Masalah aku semakin menjadi jadi dengan suami. Sebab aku ego bila dia tegur aku pasal telefon macam tak logik langsung. Macam tak nampak ke aku dah siapkan semua kerja kot. Pergi kerja tak pernah pakai seluar kedut. Pagi tak pernah miss lagi aku buatkan air sblm dia pergi kerja. Kenapa nak kena besarkan benda ni.. Tu apa yang aku fikir.

Ada satu masa aku bergaduh besar dengan suami sebab telefon. Gaduh yang sebelum ni aku dah janji untuk kurangkan masa dengan telefon tapi aku buat juga lagi. Sebab apa? EGO. Aku rasa apa aku buat tu betul. Tak ada salah. Surf internet je kot. Bukan scandal ke, mengarut apa ke. Nampak tak betapa melampaunya aku? Waktu tu dalam kepala aku hanya ada perkataan CERAI. Ya. Aku rasa mungkin cerai tu jalan yang terbaik buat aku dan suami. Hakikatnya bila bergaduh dengan suami, ego dan emosi main peranan tambah bg jadi api. Benda yang betul pon nampak salah. Aku nampak waktu tu semuanya salah suami aku. Aku ungkit apa yang jadi dalam perkahwinan kami dari A smpai Z. Dia terduduk menangis sebab tak sangka aku boleh cakap semua benda tu dekat dia. Dia cakap dengan aku dia tak akan lepaskan aku sebab pada awal dia minta izin untuk berkahwin dengan aku ibu bapa aku, dia akan jaga aku smpai habis nyawa dia. Tapi sekiranya dalam diri aku memang dah tak ada dia, buatlah apa yang terbaik untuk diri aku.

Esoknya kami masing masing teruskan rutin bekerja. Macam biasa aku act like nothing happen last night sebab aku rasa puas hati dah luahkan semua. Aku tak peduli sbb aku rasa aku dengan anak anak boleh hidup tanpa dia. Aku dah fikir lepas cerai nak duduk mana, anak nak hantar taska mana dsb. Mula dari hari tu jugak suami aku ignore aku sepanjang masa. Balik rumah macam orang tak balik. Aku masak dia tak makan, baju dia asing basuh, tidur dekat ruang depan. Suara dia aku dengar bercakap dengan anak sahaja.

Aku tersedar apa yang buat adalah salah bila kawan aku ajak makan dekat luar. aku usung semua anak pergi restoran tu. Tapi dalam keadaan anak rapat macam aku memang aku tak boleh nak makan. anak nak main kejar sana sini. Waktu tu aku sedar yang selama ni suami aku yang tolong jaga anak bila kami keluar makan. Selama ni dia yang jaga anak bila aku sibuk memanjang dengan telefon. Anak anak lagi ceria bila diaorang bersama papa. Bukan dengan mama. Di mana aku selama ni. Kenapa anak tak boleh peluk cium aku mcm mana diaorang peluk cium papa diaorang.

Aku menangis depan suami aku minta ampun. Aku memang nekad nak berubah. Aku nak suami dengan anak anak aku. Aku fikir aku kuat nak bercerai. Tapi kuatkah aku bila aku bangun pagi suami aku tak ada di sisi. Kuatkah aku nak bela anak anak aku sendiri yang selama ni suami tolong aku besarkan anak. Kuatkah aku nak hidup sorang diri sedangkan selama ni aku ada tempat untuk bersandar? Aku tak kuat. Sedikit kekuatan pon x ada untuk aku nak isi borang failkan penceraian yang sudah siap aku cetak.

Berdepan dengan suami aku tanya pada dia, sudi lagi tak terima aku lepas apa yang aku dah buat. Suami aku jawab 2 benda. Yang pertama Mana mungkin dia nak buang perempuan yang dia lamar untuk jadi teman sehidup semati dunia akhirat?

Yang ke 2 Mana mungkin dia nak buang ibu kepada anak anak dia?. Terus aku teringat kali pertama dia melamar aku. “Sudi tak nak jadi teman hidup dia dunia & akhirat”. Aku rasa sangat bersalah & nekad nak berubah. Telefon aku bila sampai rumah memang duduk dlm handbag. Bila berbunyi orang call baru aku capai. Lepas tu masuk semula dalam bag. Masa lapang lepas anak anak dah tidur baru aku baca mesej dlm whatsapp.

Sekarang aku sendiri dah tak kisah kalau telefon tertinggal ke, data internet habis ke, aku dah tak kisah. Sebab nilai masa aku untuk keluarga lagi tinggi dari telefon. Seronok bila balik kerja tak sempat turun dari kereta lagi anak lari menerpa dekat aku smbil peluk cium. “Abang rindu mama hari ni.” Lagi sorang tanya “Knp mama balik lambat. Banyak kerja ke.?.Jom kita balik rumah. “Bahagia yang tak boleh ungkap dengan kata kata. Terima kasih Allah.. . Doakan aku istiqomah di jalan ini..

Sumber: Taqiudin Abd Jamil
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close