Pertumbuhan gigi pertama, berbeza bagi setiap anak. Namun kebiasaan akan mulai tumbuh gigi sewaktu berumur 3 bulan. Tetapi majoriti anak akan tumbuh gigi antara usia enam atau tujuh bulan. Malah ada yang tumbuh gigi pertama selepas umur setahun. Seterusnya pada usia tiga tahun, anak anda sepatutnya memiliki set lengkap 20 batang gigi bayi.
Ingin tahu lanjut mengenai pertumbuhan gigi anak anda. Jom teliti bagaimana proses pertumbuhan gigi si kecil berlaku.
a.Gigi pertama muncul ialah gigi bawah dua depan. Gigi yang terakhir pula selalunya gigi geraham kedua iaitu terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah.
b. Si kecil akan rasa tidak selesa seperti mulai lebih banyak air liur dan terus-menerus ingin mengunyah sesuatu. menangis, tidak mahu makan, dan tidak lena tidur.
c. Gusi bengkak dapat menyebabkan suhu bayi meningkat, tetapi umumnya tumbuh gigi tidak menyebabkan suhu tinggi pada bayi. Anda harus menghubungi doktor anda jika suhu tinggi memang terjadi, kerana ada kemungkinan penyebab lain.
d. Untuk mencegah kerosakan gigi jangan biarkan bayi anda tertidur dengan botol. Teh susu atau jus dalam mulut bayi dapat menyebabkan kerosakan gigi dan plak.
e. Setelah usia tiga tahun, anak sudah boleh meludah keluar, sediakan ubat gigi dan berus gigi mengikut usianya.
Reaksi anak bila tumbuh gigi
Selain air liur meleleh keluar, ada beberapa perubahan sikap semasa pertumbuhan gigi. Jom lihat di sini.
1.Gusi terasa gatal, sakit atau bengkak serta merah.
2.Pipi si kecil menjadi kemerah-merahan.
3.Terjaga daripada tidur pada waktu malam. Tidurnya menjadi tidak nyenyak.
4.Terdapat ruam pada muka dan dagunya.
5.Menggigit permainan dan jarinya untuk mengurangkan rasa sakitnya.
6.Air liurnya meleleh keluar.
7.Suhu badannya sedikit naik tetapi tidak melebihi daripada 39 °C.
8.Tidak selera makan dan minum susu.
9.Tangan asyik masuk dalam mulut.
10.Selalu ingin menggigit untuk mengurangkan rasa sakitnya.
Layari laman web
Blogger Comment
Facebook Comment