Ikuti cerita sebenar daripada ibu arwah, Rohani Mohd Hanafi, 56.
“Besi itu tidak tembus ke tubuh anak saya. Lukanya hanya di dahi sahaja tetapi anak meninggal akibat kecederaan dalaman dialaminya. Kata suaminya, ketika itu mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang keperluan dapur.
“Tiba di lokasi kejadian, anaknya, Muhammad Naufal, 2 tahun sedang ketawa. Menantu kata, dia menoleh seketika untuk mengetahui kenapa anak tunggalnya itu gelak gembira dan ketika itulah, tiba-tiba kereta dipandunya terus merempuh besi penghadang jalan dan terus menembusi kereta mereka.
“Sebaik hentakan berlaku, arwah Madihah terpelanting ke belakang tempat duduk manakala anaknya jatuh terperesuk di bawah kaki di tempat duduk penumpang di bahagian hadapan. Jujurnya, sedih juga mendengar orang berkata yang bukan-bukan seperti anak tertusuk besi. Besi itu hanya kena pada kerusi kereta dan terus tembus,” katanya dilihat mengesat air mata kesedihannya.
Bapa arwah berkata, dia sendiri hilang selera berbuka puasa pada hari kejadian tanpa mengetahui senja itulah dia bakal kehilangan seorang anak.
“Saya selalu berbuka puasa di surau berdekatan rumah. Namun hari itu, selera makan saya bagaikan mati. Dia hanya sempat menjamah sedikit sahaja makanan tidak seperti kebiasaannya. Malah bapa kepada 13 orang anak itu juga sama sekali tidak menyangka tumpulnya selera makannya adalah petanda dia bakal kehilangan seorang anak”.
Pengalaman Pelik Sebelum Kemalangan
100 hari sebelum berlakunya kematian, sudah berlaku tanda-tanda awal di mana selepas waktu Asar, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, tubuh akan menggeletar seperti dalam kesejukan. Semakin dekat dengan tarikh kematian, tanda-tanda ini semakin jelas, termasuklah terasa denyutan di dahi, ubun-ubun, kurangnya selera makan serta lain-lain petanda.Biasa, bagi individu yang dapat merasai kematiannya, terlalu susah mereka hendak berkongsi semua perasaan ini. Cuma selepas berlakunya kematian, barulah perubahan-perubahan ini disedari ahli keluarga mangsa.
Kisah yang dikongsikan oleh allahyarhamah Madihah binti Mohd, awal 20-an dan juga ibu kepada seorang anak ini sangat baik dijadikan panduan dan pedoman untuk kita yang masih hidup.
“Aku nampak seorang wanita cantik berseri-seri wajahnya solat di sebelah aku. Wajahnya begitu bercahaya. Tetapi pelik, dia tidak rukuk dan tidak juga sujud. Sehabis memberi salam, kami bersalaman. Tapi tangannya sangat sejuk seperti air batu. Hanya kami berdua saja di dalam masjid ketika itu,” bersungguh Mardihah Mohd berkongsi kisah pelik dialaminya pada satu senja ketika singgah solat di masjid.
“Agaknya itu malaikat maut yang menunggu,” katanya tanpa memberi peluang adik beradiknya bertanya lebih banyak soalan.
Pesanan Terakhir Kepada Anak
Perjalanan anak ke lapan dari 13 beradik ini bagaikan sudah mengerti. Terlalu banyak kata-kata ungkapan yang menggambarkan isi hatinya bahawa dia akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Perginya juga dalam bulan mulia yakni Ramadan bulan penuh keberkatan dan kerahmatan. Beberapa hari sebelum kejadian arwah mengaku tubuhnya lenguh-lenguh dan sakit-sakit malah sering memberi nasihat kepada anaknya, Naufal agar jangan nakal-nakal.
Arwah maut di lokasi kejadian Kilometer 83, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Batu 5, Dungun pada 1 Julai lalu selepas kereta dipandu suaminya Muhammad Shahir Muhammad Syafiq Chandran terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan.
Kemalangan berlaku apabila Shahir menoleh seketika untuk melihat mengapa anak sulung mereka, Muhammad Naufal, 2 tahun. Ketawa suka hati dan ternyata, itulah kali terakhir arwah Madihah terdengar ketawa anaknya.
Lebih menyayat hati, kereta dinaiki mereka ditembusi besi penghadang berkenaan dan ramai menyangka arwah Madihah tertusuk besi berkenaan sedangkan hakikatnya, tubuhnya hanya terpelanting ke belakang. Namun hentakan yang kuat membuatkan tubuh kecilnya dipenuhi kecederaan dalaman.
Al-Fatihah untuk arwah Madihah Mohd, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.
Baca di website
Blogger Comment
Facebook Comment