Di China, seorang wanita berusia 31 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut berpanjangan.
Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat tujuh batang berus gigi di dalam perutnya.
Pakar bedah mengambil masa 6 jam untuk mengeluarkannya kerana dan dua daripada berus gigi tersebut tersangkut di bahagian hati dan usus.
Menurut laporan Mirror.uk, siasatan mendapati wanita tersebut menelan berus gigi tanda protes selepas dipaksa untuk berkahwin.
Wanita itu juga dikatakan mengalami tekanan jiwa yang teruk kerana ibu bapanya terlampau risau jika anaknya itu akan menjadi andartu.
Ibu bapanya dikatakan mahu menjodohkan wanita itu dengan seorang lelaki sebelum wanita berkenaan bertindak menelan berus gigi.
Sebelum ini dia juga pernah menelan pelbagai objek seperti butang baju, rambut dan getah.
from HANASUVA http://ift.tt/2kZawJq via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment