loading...

3 Tabiat Makan Ibu Hamil Yang Pelik Tapi Sebenarnya Penting Untuk Keperluan Mereka

Ramai bakal ibu bercerita tentang tabiat pemakanan mereka yang mula berubah sejak mengandung. Makanan yang paling disukai tiba-tiba langsung tak boleh dimakan sementara makanan yang dulu tak pernah dimakan tiba-tiba menjadi kegilaan. Pelikkan!

Satu kajian yang dilakukan oleh Valerie Duffy, seorang profesor PhD di School of Allied Health University of Connecticut menunjukkan yang wanita hamil mempunyai beberapa tabiat pemakanan mengikut tahap trimester kehamilan mereka.

1. Bila masuk trimester kedua dan ketiga ibu hamil lebih menyukai makanan masam-masam berbanding ketika di trimester pertama atau sebelum hamil. Makanan masam membantu ibu hamil mendapat diet yang pelbagai bagi memenuhi keperluan kalorinya, menurut Dr.Valerie. Biasanya mereka gemar makan acar atau makanan kombinasi masam dan manis seperti tom yam.

2. Keinginan makan makanan yang masin seperti kerepek kentang atau kerepek ubi semakin meningkat. Ini disebabkan kerana pengedaran darahnya meningkat jadi keinginan makan yang masin-masin mungkin berkaitan dengan keperluan ibu terhadap sodium.

3. Sensitif terhadap rasa pahit semasa trimester pertama akan meningkat. Para pengkaji membuat kesimpulan yang kemampuan untuk mengesan rasa pahit dapat membantu ibu hamil untuk mengelakkan daripada makan makanan yang beracun.

Jadi lepas ini tak perlulah hairan atau terkejut kenapa tiba-tiba selera berubah kepada makanan yang sebelum ini tak disukai. Rupanya akibat perubahan hormon dan keperluan tubuh badan sendiri mengakibatkan keinginan makan jadi lain.

 

 

 

 


 

Layari laman web

from Kehamilan http://ift.tt/2loSDoI via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close