loading...

5 Tanda Waktu Bersalin Semakin Dekat & Perlu Segera Ke Hospital

Tarikh jangkaan semakin hampir. Mama perlu peka lima tanda bersalin ini. Tidak kira sama ada turun tanda darah atau air ketuban, ia tidak boleh dipandang mudah. Sediakan bersama kad rawatan antenatal dan beg hospital walau ke mana anda pergi.

Tindakan awal tidak merugikan. Setidak-tidaknya anda berusaha untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini kepada anda dan bayi dalam kandungan. Lima tanda adalah seperti berikut;

 

1.Keluar air ketuban iaitu air jernih yang tak berbau. Bila ibu hamil merasakan adanya cairan yang keluar dan keluarnya tidak dapat ditahan, itu menandakan bahawa air ketuban sudah pecah. Air ketuban yang normal ialah jernih, tidak berbau dan bersih. Ia selalunya disertai dengan kontraksi dan nyeri pada paha, punggung dan perut. Mama perlu segera ke hospital.

2.Keluarnya air ketuban tanpa kontraksi dan rasa memulas. Ini menandakan bahawa mama mengalami ketuban pecah awal sebelum ada tanda-tanda persalinan muncul. Segera ke hospital kerana anda berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

3.Sakit kontraksi yang berulang-ulang dalam tempoh 30 minit sekali. Ia adalah rasa mulas dan nyeri di bahagian bawah punggung atau pinggang serta kekejangan yang tidak kunjung hilang walau pun anda telah cuba mengubah posisi.

4.Kontraksi dirasai secara teratur dengan jarak yang semakin pendek  iaitu kira-kira 3-5 minit sekali, dan tempoh sekitar 45 hingga 60 minit.

5.Keluar darah berserta lendir. Ia menandakan terlepasnya sumbatan tebal  yang dipanggil mucus plug pada leher rahim yang menandakan telah terjadi pembukaan dan penipisan pada serviks yang menyediakan keadaan untuk proses kelahiran. Pengeluaran darah dan lendir boleh terjadi beberapa hari sebelum kelahiran. Segera ke hos[pital sekiranya ibu  mengalami perdarahan yang teruk.


 

Layari laman web

from Kehamilan http://ift.tt/2kVsg9x via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close