loading...

Abang tiri Kim Jong Un dibunuh di KLIA


SEOUL - Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara dibunuh di Malaysia semalam, lapor Reuters.

Kim Jong Nam, 45, abang tiri kepada Kim Jong Un dilaporkan mati ketika dalam perjalanan ke hospital dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, selepas diracuni oleh dua ejen perempuan dipercayai ejen Korea Utara, semalam. 

Difahamkan Reuters mendapat laporan itu dari sumber kerajaan Korea Selatan, namun belum memberikan maklumat lanjut.

Lapor stesen televisyen Korea Selatan, Chosum berkata, dua ejen terbabit membunuh mangsa dengan hanya menggunakan jarum beracun sebelum melarikan diri menaiki teksi. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan seorang lelaki Korea ditemui sakit di KLIA semalam, sebelum dihantar ke hospital namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan. 

"Kami tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai lelaki Korea ini dan kami belum mengesahkan identitinya," katanya. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2kOGzfe via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close